PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis

PAS Masih Mencari Dalil Untuk 'Halalkan Kesalahan' Anak MB Perlis

PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis

 

Berita yang paling panas sepanjang minggu ini adalah tangkapan SPRM ke atas anak Menteri Besar Perlis bersama 5 orang yang lain atasa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Kesemua yang ditahan SPRM adalah pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis.



Kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Ia melibatkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Siasatan dipercayai menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Penulis juga dimaklumkan turut sama disiasat adalah kes tuntutan palsu mereka yang melibatkan Istana Perlis bernilai lebih RM19,000.



Bagaimana pun kesahihan maklumat ini belum dapat penulis pastikan lagi.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas suspek dibawa ke mahkamah.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Azmi Kamaruzaman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, ayah kepada salah seorang suspek berkata beliau akan memberikan penjelasan dalam DUN Perlis mengenai perkara tersebut.



Penulis tidak faham mengapa beliau memilih untuk memberikan penjelasan kepada ADUN dan bukannya secara terbuka kepada rakyat.

Mesti diingatkan, sekiranya sabit kesalahan, duit yang diselewengkan itu adalah duit rakyat dan rakyat berhak untuk mendapatkan penjelasan.

Atau mungkin PAS masih lagi sedang mencari dalil untuk ‘menghalalkan kesalahan’ yang dilakukan.

Nasihat penulis kepada Shukri, kalau masih tidak jumpa fatwa, rujuk segera dengan Hadi Awang, bukankah beliau pakar fatwa di Malaysia.



Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama…

 

PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading