Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

“Fanatik Betul Dia, Baru Meriah”

Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 serta terdiri daripada empat orang ahli kumpulan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

Dolla telah mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia serta mereka mula dikenali ramai apabila single pertama “Dolla Make You Wanna” mendapat perhatian yang meluas dari rakyat Malaysia.



Dolla semakin dikenali ramai dan peminatnya kini kian bertambah, bukan sahaja hanya di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei, bahkan di United Kingdom serta China. Namun, baru-baru ini, Dolla mengeluarkan kenyataan rasmi apabila mereka akan bergerak seramai tiga orang di dalam kumpulan tersebut setelah ketiadaan Syasya.

“Amboi Kuatnya Suara, Terkejut Tabby”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @drkmochi yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 202 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 84 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ahli kumpulan Dolla yang berada dia suatu majlis dan apabila mereka mengenalkan diri, nama mereka dijerit oleh peminat.

@drkmochi



Hilang suara?! No worries! 10/10 worth to hype them hehe <3 (video credits to the owner) #dolla #dollaofficial #angeldolla #tabbydolla #sabronzodolla #foryou #fypage #tiktokmalaysia

♬ Fluffing a Duck – Kevin MacLeod

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, sangat meriah sekiranya mempunyai peminat sepertinya kerana acara tersebut tidak akan menjadi bosan.

Apa-apa pun, semoga Dolla terus mengeluarkan lagu-lagu yang terbaik terutamanya buat peminat-peminatnya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.



Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading