Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Di Tahan

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah

 

Individu yang diberkas di sekitar Bandar Baru Bangi berkaitan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim direman lima hari bagi siasatan lanjut.

Lelaki warga tempatan itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.



“Suspek berumur lingkungan 30 an itu direman lima hari untuk siasatan selanjutnya.”

“Kes ini akan diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” jelas Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan.

Pada Isnin lepas, polis memaklumkan suspek diberkas lewat petang di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata hasil semakan polis mendapati lelaki berusia lewat 30-an itu pernah terbabit kes samun berkumpulan serta pemerasan.



Suspek berkenaan memiliki tujuh rekod jenayah lampau.

Ianya melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 395 KK, Seksyen 170 KK, Seksyen 507, Seksyen 384 KK dan Seksyen 228 KK.

Suspek pertama yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan selepas tamat reman.

Namun keputusan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.



Mohd Shuhaily juga memaklumkan suspek kedua bekerja sendiri, manakala suspek pertama tiada rekod jenayah.

Sementara itu, keadaan Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Shahril Mokhtar memaklumkan keadaan Faisal semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat.

Penulis menyeru kepada semua pembaca agar sama-sama mendoakan agar penjaring gol terbaik Piala Asia diberikan kesabaran dan kesembuhan segera.



 

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button