Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS

Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS

Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS

 

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kes salah guna kuasa dan penyelewengan yang membabitkan pejabat Menteri Besar Perlis.

SPRM telah menahan reman anak Menteri Besar Perlis untuk disoal siasat.



Malah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, telah ditahan untuk disoal siasat selama hampir 9 jam oleh pihak SPRM.

Walau pun beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin SPRM, kita masih lagi menunggu kenyataan SPRM mengenai kes tersebut.

Belum lagi reda isu kes di pejabat Menteri Besar Perlis, kita dikejutkan pula dengan satu lagi negeri pentadbiran PAS yang terpalit dengan jenayah rasuah.

Kali ini ia membabitkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), kerana didakwa membuat tuntutan palsu.



SPRM telah memohon tahanan reman ke atas 4 orang pegawai kanan KADA atas dakwaan meminta dan menerima wang rasuah.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Manakala seorang dari mereka turut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2019 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

KADA adalah pemangkin kepada pengeluaran beras negara dengan membantu petani dari sudut dana dan teknologi pertanian moden.



Dalam keadaan negara menghadapi masalah bekalan beras tempatan, rupanya masih ada lagi manusia yang tidak berhati perut membuat tuntutan palsu dan meminta rasuah.

Dana untuk membantu petani diselewengkan.

Dan ianya berlaku di negeri yang ditadbir PAS yang kononnya pentadbiran berasaskan syariah.

PAS bantah bila Mahkamah Persekutuan membatalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu.



Tetapi pernahkah difikirkan sejauh mana Enakmen Kanun Jenayah Syariah tersebut berkesan dalam mendidik rakyat di negeri yang mereka tadbir.

Apakah jenayah rasuah dan penyelewengan dana rakyat tidak dianggap sebagai jenayah syariah oleh PAS?

Atau enakmen tersebut tidak lebih dari gula-gula politik PAS?

 



Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button