Beri impak pemulihan ekonomi

Beri impak pemulihan ekonomi

Beri impak pemulihan ekonomi
PERTUMBUHAN ekonomi dijangka lebih positif dengan suntikan perbelanjaan kerajaan RM10 bilion untuk kenaikan gaji.

Kuala Lumpur: Suntikan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM10 bilion bagi kenaikan gaji penjawat awam bakal membantu menjana pertumbuhan dan memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.

Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Mohd Yusof Saari berkata, beliau menyambut baik keputusan kerajaan untuk meningkatkan gaji penjawat awam sebanyak 13 peratus pada Disember 2024.

Katanya, suntikan RM10 bilion ini dilihat akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan tambahan isi rumah apabila berlaku peningkatan gaji.



“Mengikut pengiraan kasar pengganda ekonomi, setiap RM1 perbelanjaan akan menjana sekitar RM1.76 kepada output.

“Jadi, suntikan RM10 bilion ini akan menjana output tambahan sebanyak RM17.6 bilion, manakala keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat sebanyak RM7.4 bilion dan kutipan cukai tambahan sebanyak RM110 juta.

Menurutnya, manfaat lain yang bakal diperoleh penjawat awam adalah ia dapat membantu meringan beban kos sara hidup mereka yang berpendapatan rendah dan ini seterusnya dapat meningkatkan kuasa beli mereka.

Namun, katanya transformasi kepada model pembiayaan yang lebih mampan amat diperlukan.



“Bagi penjawat awam, transformasi ini menjamin gaji dan upah yang progresif dan kebajikan lebih baik.

“Bagi kerajaan pula, transformasi ini akan mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan produktiviti yang lebih tinggi.

“Justeru, banyak lagi penambahbaikan dan pembaharuan yang diperlukan.

“Isu seperti sistem saraan yang lebih mampan, produktiviti, peningkatan kemahiran, mobiliti dan fleksibiliti awam-swasta serta penilaian kenaikan pangkat yang progresif antara yang perlu diperhalusi oleh kerajaan,” katanya.



Beri impak pemulihan ekonomi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button