Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu

Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu

Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
ANWAR Ibrahim disambut pada upacara sambutan rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Ak Orda) di sini hari ini. FOTO Bernama

Astana: Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu, Kazakhstan juga mahu mengukuhkan kerjasama termasuk perkongsian pengetahuan kerana Malaysia mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam industri pembuatan cip.

“Kazakhstan adalah negara penting di Asia Tengah kerana kekuatan ekonominya dan mereka juga mahu hubungan dengan Malaysia terus ditingkatkan.



“Mereka memberi peluang dan insentif istimewa kepada kita kerana hubungan dua hala dan diplomatik antara kedua-dua negara yang bermula sejak 1992, cuma ia tidak ditingkatkan,” katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi selama dua hari ke Kazakhstan, hari ini.

Anwar tiba di sini semalam dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kesepakatan tersebut dibuat dalam pertemuan beliau dengan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Ak Orda) di sini semalam yang disusuli mesyuarat dua hala delegasi masing-masing.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara juga mahu memudahcara proses perdagangan dan pelaburan bagi menarik pelabur serta komuniti perniagaan meneroka peluang kerjasama baharu.

“Kita juga mahu mengukuhkan kerjasama dalam sektor berkepentingan seperti halal, perbankan Islam dan pertanian,” kata beliau.

Mengenai Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia hari ini, Anwar berkata empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada sesi berkenaan yang dijangka menjana eksport sebanyak RM1.6 bilion (US$350 juta).




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.


MoU yang dimeterai hari ini melibatkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Institut Kajian Strategik Kazakhstan (KazISS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken).

Turut memeterai MoU adalah Hyrax Oil Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikat Alegeum Electric serta antara Berkat OSH Services Sdn Bhd dan APEC Training Center LLP.



Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.

Ia bersempadan dengan Rusia, China, Republik Kyrgyz, Uzbekistan, Turkmenistan dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Eksport utamanya ialah minyak, diikuti gas asli dan komoditi lain. Ia juga merupakan pengeluar utama gandum.

Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button