Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ [VIDEO]

Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Dengar Khawla Tu Menyanyi Versi Dangdut Pula”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 547 ribu, tanda suka sebanyak 42 ribu dan sebanyak 175 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Ernie Zakri dan Syamel iaitu Khawla menyanyikan lagu yang sedang menjadi hangat di negara Indonesia iaitu Masing-Masing.

@ernienator.my



“lebih baik kita bashi bashi” – lala ❤ #xyzbca #fyp #4u #galaubrutal #fypindonesia #masingmasing #adegovinda #erniezakri #menduniaez #khawla

♬ Masing Masing – Encik Senget

Rata-rata netizen terhibur melihat Khawla menyanyikan lagu ibunya sendiri itu. Tambah mereka lagi, nyanyian versi Khawla kedengaran sangat comel serta gelagat dia menghayati lagu tersebut juga meraih perhatian netizen.



Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah dan taat kepada ibu dan bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button