RM9.5 juta pulih, tanam kebun koko

RM9.5 juta pulih, tanam kebun koko

RM9.5 juta pulih, tanam kebun koko
JOHARI (kiri) bersama Juan pada Majlis Pelancaran Kitkat Dark Borneo di Lembaga Koko Malaysia.

Nilai: Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan melaksanakan projek pemulihan kebun koko seluas 2,126 hektar selain tanaman baharu seluas 350 hektar tahun ini menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan sebanyak RM9.5 juta.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, koko berpotensi untuk memberi pulangan lumayan kepada kira-kira 5,317 pekebun kecil koko yang merangkumi 89 peratus atau 5,445 hektar daripada kawasan tanaman koko di Malaysia.

“Saya amat menggalakkan pekebun kecil untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan pengeluaran koko Malaysia dan pada masa sama menjana pendapatan.



“Industri koko Malaysia telah melalui tempoh yang mencabar dalam beberapa dekad yang lepas apabila kejatuhan harga koko pada akhir tahun 1980-an selain serangan serangga perosak pada awal tahun 1990-an.

“Selain itu, tahap pengetahuan bagi kawalan penyakit dan perosak koko pada ketika itu telah mendorong pengusaha ladang untuk beralih kepada tanaman lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak




“Justeru, bagi membangunkan semula industri koko tempatan, LKM akan melaksanakan projek pemulihan kebun koko seluas 2,126 hektar selain projek tanaman baharu seluas 350 hektar menerusi peruntukan RM9.5 juta, tahun ini,” katanya selepas Melancarkan Produk Kit Kat Dark Borneo di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Chan Foong Hin; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Ramle Kasin dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols.

Menurutnya, keluasan tanaman koko di seluruh negara menurun daripada 193,000 hektar pada tahun 1990 kepada 6,123 hektar.

Katanya, akibatnya, pengeluaran biji koko negara telah menurun dengan ketara daripada 247,000 metrik tan pada tahun 1990 kepada hanya 270 tan pada tahun 2023.



“Apa yang berlaku hari ini ialah kita import koko hampir 550,000 tan tetapi kita menjadi negara yang mengeksport koko dalam bentuk yang diproses (dikisar).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak


“Hal ini menempatkan kita di tangga yang ke-40 antara pengeluar koko dunia bagi tahun 2022/2023.



“Namun, disebalik cabaran dan isu yang dihadapi, saya yakin bahawa industri koko mempunyai potensi amat besar untuk menjana pendapatan tinggi kepada ekonomi negara dan hal ini disokong oleh dua faktor utama iaitu Malaysia antara pemain utama koko di dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran,” katanya.

Menurutnya, pada 2023, sebanyak 370,207 tan biji koko telah dikisar di Malaysia, menjadikan negara ini pengisar kelima terbesar di dunia, selepas Ivory Coast, Belanda, Indonesia dan Jerman.

Katanya, industri koko juga telah menyumbang sebanyak RM8.2 bilion kepada hasil eksport negara.

“Namun, angka ini tidaklah memberi gambaran yang lengkap kerana Malaysia merupakan pengimport bersih koko.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah


“Pada tahun 2023, Malaysia hanya menghasilkan 270 tan biji koko manakala mengimport sebanyak 533,000 tan biji koko.

“Pengeluaran tempatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan industri. Biji koko yang diimport ini akan dikisar untuk tujuan eksport ataupun diproses untuk menghasilkan produk koko,” katanya.



Johari berkata, industri koko mempunyai potensi yang cukup besar adalah harga koko yang tinggi dan telah meningkat dengan mendadak sebanyak 200 peratus daripada sekitar RM9,000 bagi setiap tan pada tahun 2023 kepada lebih RM28,000 bagi setiap tan pada April tahun ini.

“Pertubuhan Koko Antarabangsa (ICCO) menjangkakan harga ini kekal tinggi dan konsisten bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya.

RM9.5 juta pulih, tanam kebun koko

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button