TPM Dedahkan Ada Cara Untuk Bebaskan Najib Selain Proses Mahkamah

TPM Dedahkan Ada Cara Untuk Bebaskan Najib Selain Proses Mahkamah

TPM Dedahkan Ada Cara Untuk Bebaskan Najib Selain Proses Mahkamah

 

Timbalan Perdana Menteri I yang juga Presiden UMNO, DS Zahid, mendedahkan ada kaedah lain untuk bebaskan DS Najib selain dari proses mahkamah.

“Tokoh yang kita sayangi berada di sebalik tirai besi, inilah perjuangan.”



“Kita wajib memperjuangkan nasib dan membebaskan beliau.”

“Saya sangat yakin inilah jalan terbaik kita boleh lakukan melalui kaedah tertentu yang direstui keluarga DS Najib.”

“Jangan pernah putus asa, kita mesti bertindak secara bijak dan lakukannya dengan tertib,” jelas DS Zahid.

DS Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan perkara berkenaan buat masa ini kerana bimbang disalah tafsir oleh pengamal media.



Beliau memaklumkan perkara itu dalam Mesyuarat Dwi Tahunan Kelab Sahabat Najib 87 penggal 2024/2026 itu.

Hadir sama, isteri kepada Najib iaitu DS Rosmah Mansor bersama anaknya Ashman Najib dan seluruh ahli kelab berkenaan.

Mesyuarat yang diadakan melibatkan kira-kira 300 ahli.

Ianya bertujuan membincangkan resolusi pembebasan DS Najib selain membentangkan laporan aktiviti tahunan.



Presiden Kelab Sahabat Najib 87, DS Rahman Bakar memaklumkan, resolusi tersebut turut memohon agar DS Najib diberi pembebasan penuh kerana beranggapan perbicaraan beliau tidak diadili dengan baik.

Tambah beliau, perbicaraan dilihat agak berat sebelah dan tergesa-gesa.

Selain itu masih ramai saksi belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

Pada pandangan penulis, apa yang perlu dilakukan oleh penyokong DS Najib adalah bertenang dan berikan ruang kepada DS Zahid melakukan usaha terbaik untuk membebaskan DS Najib.



Sekiranya penyokong DS Najib terlalu mendesak, dikhuatiri ianya akan menjejaskan usaha yang sedang dilakukan oleh DS Zahid.

Kita mesti sedar, di sebalik rakyat marhaen yang mahu melihat DS Najib diberikan keadilan, ada pihak yang sentiasa berusaha menggagalkan usaha tersebut.

 

TPM Dedahkan Ada Cara Untuk Bebaskan Najib Selain Proses Mahkamah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button