Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah

 

Mahkamah telah menolak permohonan Tengku Zafrul untuk memfailkan afidavit tambahan berkenaan titah adendum Pengampunan Di Raja kepada DS Najib.

Tengku Zafrul telah memfailkan permohonan tersebut untuk membetulkan fakta afidavit DS Najib sebelum itu.



Ia berhubung dakwaan DS Zahid, bahawa YDP Agong ke-16 mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari lalu.

Ianya berkaitan supaya DS Najib menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Hakim Amarjeet Singh ketika menolak permohonan Zafrul berkata, beliau boleh memohon semula sekiranya mahkamah sivil memberikan kebenaran kepada DS Najib pada 5 Jun ini untuk memulakan semakan kehakiman tahanan rumah.

Perkara itu disahkan oleh peguam DS Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui media.



Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly memaklumkan mahkamah menolak permohonan itu atas alasan permohonan Najib ketika ini adalah sebelah pihak (ex-parte).

Serta tiada peruntukan undang-undang untuk Tengku Zafrul memasukkan afidavitnya ketika ini.

Sementara itu, Shafee berkata beliau membantah permohonan Tengku Zafrul bukan salah seorang pihak dalam permohonan semakan kehakiman DS Najib.

“Tiada prosedur, maka hakim menolak permohonan itu.”



“Namun, jika DS Najib mendapat kebenaran (semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum), beliau (Tengku Zafrul) boleh memfailkannya kembali.”

“Tengku Zafrul mungkin akan tidak berbuat demikian lagi.”

“Namun tidak rugi untuk mencuba.”

“Alasan sama badan peguam tidak dibenarkan mengikuti kes kerana ia adalah ‘ex-parte’ (sebelah pihak),” jelas beliau.



 

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button