Hipokrasi PAS Dalam Isu Sekolah Vernakular

Hipokrasi PAS Dalam Isu Sekolah Vernakular

Hipokrasi PAS Dalam Isu Sekolah Vernakular

 

Sebelum mengupas mengenai sikap hipokrit PAS dalam isu sekolah vernakular, penulis ingin jelaskan, pendirian penulis dalam isu ini adalah jelas.

Secara peribadi, penulis tidak bersetuju sistem pendidikan sekolah vernakular di Malaysia diteruskan.



Tidak dapat dinafikan, sistem pendidikan sekolah vernakular adalah punca utama mengapa masih ada lagi sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Ianya juga menjadi punca mengapa, ada di kalangan rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu masih lagi tidak fasih berbahasa Melayu.

Malah negara Singapura sendiri sudah lama menghapuskan sistem pendidikan sekolah vernakular di negara mereka.

Tetapi kita harus menerima hakikat, bukan mudah untuk menghapuskan sistem pendidikan vernakular yang sudah bertapak lebih 8 dekad di negara kita.



Apatah lagi, ianya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Penulis tidak mahu membahaskan mengenai relevan atau tidak sistem pendidikan vernakular di negara kita.

Tetapi apa yang penulis mahu bahaskan ialah sikap hipokrit pemimpin PAS dalam isu sistem pendidikan sekolah vernakular di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, baru-baru ini cuba memperlekehkan kelayakan akademi calon PRK Kuala Kubu Baharu dari PH/BN, Pang Sock Tao.



Sindiran beliau cuba membayangkan Pang Sock Tao tidak mempunyai pendidikan sempurna kerana belajar di sekolah vernakular.

Namun, ianya memakan diri sendiri apabila Pang Sock Tao memuatnaik keputusan cemerlang UPSR dan SPM beliau.

Mungkin Fadhli lupa atas pendedahan yang pernah di buat oleh Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) S Barathidasan.

Beliau mendedahkan, cucu Hadi Awang dan cucu Allahyarham Nik Aziz sendiri dihantar belajar di sekolah vernakular.



Rupa-rupanya, beginilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin PAS.

Sana sini canangkan supaya sistem pendidikan sekolah vernakular dihapuskan.

Tetapi di sebalik itu, anak cucu sendiri, dihantar belajar ke sana.

Mungkin Putera Gunung Ledang boleh berikan penjelasan mengenainya.



Kalau ketandusan idea, rujuk pada Hadi Awang, sebab beliaukan pakar dalil.

 

Hipokrasi PAS Dalam Isu Sekolah Vernakular

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button