Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol

Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol

Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol

 

Mantan Ketua Pemuda PAS yang kini adalah Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memang terkenal sebagai salah seorang pelawak politik dari PAS.

Sikap beliau yang membuat kenyataan melulu tanpa membuat semakan fakta sering memakan diri sendiri, ibarat senjata makan tuan.



Sebelum ini, beliau dikecam hebat dengan perumpaan syarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Isu yang hangat pada tahun 2020 berlaku kerana mantan perdana menteri, DS Najib, meletakkan syarat untuk ahli parlimen Barisan Nasional memberikan sokongan kepada belanjawan 2021, pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium mestilah diluluskan.

Tujuan DS Najib memberikan syarat tersebut adalah kerana kehidupan rakyat yang tersepit di era pasca Covid-19.

Tetapi akhirnya, Fadhli sendiri bersetuju malah mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium.



Terkini, Fadhli sekali lagi membuat lawak ketika cuba membidas calon Pakatan Harapan dalam PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao.

Isu timbul bila penyokong Pakatan Harapan mempersoalkan keabsahan sarjana tanpa ijazah calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut.

Namun keabsahan sarjana Khairul telah disahkan oleh Universiti Malaysia Pahang.

Fadhli dengan segera mempersoalkan pula kelayakan pendidikan calon Pakatan Harapan.



Calon Pakatan Harapan mengambil UPSR dan SPM di mana, sindir Fadhli.

Sindiran Fadhli disahut oleh Pang Sock Tao dengan mempamerkan keputusan UPSR dan SPM beliau.

Untuk UPSR, Pang mendapat 7A dan untuk SPM, beliau mendapat 10A, walau pun mendapat pendidikan di sekolah vernakular.

Malu dengan perangkap yang tidak menjadi, Fadhli menukar isu dengan mengatakan pemimpin dan penyokong PH mudah koyak bila dikritik.



Pada pandangan penulis, sebenarnya pemimpin dan penyokong PAS yang mudah koyak bila dikritik.

Lebih memalukan, jawapan yang mereka berikan bukannya jawapan yang berfakta, tetapi dengan memaki hamun.

Tapi ianya tidak menghairankan, kerana ketua penerangan mereka sendiri sering bercakap tanpa menyemak fakta.

 



Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button