Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik Tapi Bila

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, baru-baru ini mendedahkan SPRM sudah mempunyai petunjuk di mana lokasi menantu Muhyiddin, Adlan Berhan berada.

Menurut Azam Baki, potensi lokasi Adlan dikesan melalui transaksi kad kredit milik ahli perniagaan itu.



SPRM kini sedang cuba mendapatkan khidmat Interpol untuk mengesan beliau.

“Ada petunjuk baharu beliau berada di suatu tempat hasil daripada pemantuan kita terhadap penggunaan kad kreditnya.”

“Beliau berada di beberapa buah negara, kita sudah memohon kepada pihak Interpol untuk mengesan”.

“Tetapi dalam kes beliau, kita masih lagi mengesan dengan cara kita bagi tujuan untuk dituduh di mahkamah,” jelas Azam Baki.



Penulis tidak pasti, apakah selepas menantu Muhyiddin disahkan melarikan diri ke luar negara, pihak SPRM ada memohon mahkamah supaya mengarahkan pihak kredit kad beliau disekat.

Tetapi dari kenyataan Azam Baki, penulis membuat andaian tindakan itu tidak dilakukan.

Walau bagaimana pun, kenyataan Azam Baki seolah-olah memberikan bayangan bahawa menantu Muhyiddin akan dapat dibawa balik sedikit masa lagi.

Tetapi persoalannya, bila?



Kita tidak mahu usaha mengesan dan membawa pulang menantu Muhyiddin sama seperti usaha mengesan dan membawa pulang Jho Low.

Azam Baki adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ketiga sejak usaha menjejaki Jho Low dilakukan, tetapi hingga ke hari ini, bayang Jho Low masih lagi tidak nampak.

Sudah 2 orang Ketua Polis Negara bertukar ganti, namun Jho Low masih lagi bebas dan bermewah-mewah dengan duit haram di luar negara.

Lebih memalukan apabila Hamid Bador ketika memegang jawatan Ketua polis Negara membuat kenyataan Jho Low sudah melakukan pembedahan plastik.



Muka Jho Low sudah seperti beruang dan berjalan seperti seladang kata Hamid Bador!!!

Jangan pula nanti sama ada SPRM atau PDRM keluarkan kenyataan menantu Muhyiddin juga sudah membuat pembedahan plastik.

Rakyat sudah muak dengan gula-gula sebegitu.

Hadamkan pepatah orang Jawa, action speak louder than words.



 

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading