Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi?

Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi

Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi?

Penghujung tahun lepas hingga ke awal tahun ini, kecoh satu negara apabila menantu kesayangan Muhyiddin, Adlan Berhan, hilang tanpa dapat dikesan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, menantu kesayangan Muhyiddin dikehendaki untuk siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing.

Adlan didapati melarikan diri ke luar negara bersama dengan peguam beliau, Mansoor Saat.



Dalam artikata lain, belum sempat diheret ke mahkamah, Adlan telah berjaya meloloskan diri ke luar negara bersama-sama Mansoor.

Kini Adlan bersama Mansoor Saat sudah dimasukkan ke dalam senarai notis merah Interpol sebagai individu yang dikehendaki.

Bila sudah masuk dalam notis merah, maknanya wajah dan nama Adlan kini sudah menjadi popular di seluruh dunia.

Mungkin lebih popular dari ayah mertua beliau, Muhyiddin Yasin.



Baru-baru ini, meletup pula kes rasuah dan salah guna kuasa menantu presiden PAS, Hadi Awang, Mohd Syafeeq Mohd Shukri.

Mohd Syafeeq juga adalah anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Hadi seolah-olah memberikan mesej kepada Muhyiddin, bukan menantu Muhyiddin sahaja yang boleh popular.

Menantu Hadi juga kini sudah popular, walau pun hanya di peringkat kebangsaan.



Jadi, SPRM kena hati-hati, bimbang nanti menantu Hadi pula akan jadi seperti menantu Muhyiddin, popular di seluruh dunia.

Banyak persamaan antara kedua-dua figura yang disyaki terlibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Kedua-duanya dikehendaki SPRM, sama.

Kedua-duanya disyaki terlibat dalam jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama.



Mertua kedua-dua mereka adalah presiden kepada parti politik, sama.

Jadi, apa perbezaannya?

Perbezaannya ialah, menantu Muhyiddin dapat melarikan diri sebelum dicekup SPRM.

Manakala menantu Hadi, belum sempat melarikan diri, sudah dicekup SPRM.]

Kiranya menantu Hadi, lemau sikit untuk baca apa yang bakal berlaku berbanding menantu Muhyiddin.



Tapi tak boleh salahkan dia juga, sebab sikap husnuzon dia sangat kuat, tak gitu…😜😜😜

 

Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading