Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?

 

Dunia perundangan Malaysia gempar apabila Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap DS Najib.

Badan Peguam memfailkan permohonan kebenaran itu melalui firma guaman Amir & Rajpal Ghai.



Ia menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, serta DS Najib sebagai responden pertama dan kedua.

Badan Peguam memohon perisytiharan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan menyalahi undang-undang, tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Badan Peguam memohon perintah certiorari terhadap lembaga terbabit untuk membatalkannya.

Ia juga memohon injunksi kekal menghalang DS Najib atau wakilnya daripada mengemukakan sebarang permohonan untuk pengampunan, tunda hukum atau lega hukum kepada Lembaga Pengampunan.



Turut dipohon, perintah larangan terhadap Lembaga Pengampunan untuk menerima, mempertimbangkan atau menentukan sebarang permohonan dari DS Najib bagi pengampunan, tunda hukum atau lega hukum.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer berkata permohonan sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tuntutan itu telah menjejaskan hak perlembagaan tertuduh atau banduan.

“Hak perlembagaan atau undang-undang banduan mesti dihormati sebagai prinsip asas kedaulatan undang-undang.”



Majlis Peguam Cabar Kuasa YDP Agong?

 

Manakala tindakan memohon perintah mahkamah melarang Lembaga Pengampunan menerima, mempertimbangkan, atau menentukan sebarang permohonan DS Najib untuk pengampunan, beliau berkata:

“Adalah penting untuk mengambil perhatian perbezaan antara Perkara 40 dan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.”

“Ia menekankan bahawa ia tidak membawa maksud yang sama di bawah perlembagaan.”



“Perkara 40 menyatakan fungsi YDP Agong, manakala Perkara 42 menyatakan kuasa baginda yang diberikan di bawah perlembagaan.”

“Perkara 42 memberikan kuasa mutlak kepada YDP Agong untuk memberikan pengampunan, yang juga selaras dengan penghakiman mahkamah.”

“Oleh itu, kuasa pengampunan tidak akan berasas untuk tujuan semakan kehakiman.”

“Dan kuasa untuk memberi pengampunan bukan khusus kepada Malaysia dan banyak negara (yang) memberikan hak yang sama.”



“Itu tidak bermakna Perkara 8 perlembagaan, yang mengatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang.”

“Dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama, akan dilanggar, seperti yang dihujahkan oleh beberapa ahli perundangan.”

“Perlembagaan tidak boleh dibaca secara berasingan untuk membatalkan Perkara 42 perlembagaan.”

“Ketiadaan preseden kehakiman yang jelas akan menimbulkan persoalan berhubung kehematan mempersoalkan hak mutlak YDP Agong.”



“Bagaimana hak itu digunakan, dan jika ia mungkin melanggar undang-undang lain,” jelas beliau.

Jadi siapa sebenarnya yang Badan Peguam saman?

Adakah mereka menyaman YDP Agong?

Kalau mereka berhujah sebenarnya mereka menyaman Lembaga Pengampunan, bukankah YDP Agong adalah pengerusi kepada Lembaga Pengampunan?

 

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button