Internet Atau Fadhli Yang Menipu?

Internet Atau Fadhli Yang Menipu

Internet Atau Fadhli Yang Menipu?

 

Ketika berkempen untuk PRK Kuala Kubu Baharu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, berkata PAS tidak pernah menentang kewujudan sekolah vernakular.

Beliau juga berkata, PAS hanya meminta beberapa pembaharuan dibuat terhadap sekolah aliran berkenaan.



“PAS tak pernah menentang sekolah vernakular bahkan kita menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan.”

“Pembaharuan itu kita boleh bincang dari segi sudut kurikulum dan sebagainya dan apa yang dicadangkan oleh pakar-pakar akademik.”

“Bagi kita sekolah vernakular tidak ada isu,” tambah Fadhli.

Bagi penulis, sekiranya Fadhli mengatakan secara peribadi beliau tidak pernah menentang kewujudan sekolah vernakular, mungkin boleh diterima.



Kerana dari pencarian di internet, tidak ditemui sebarang kenyataan dari Fadhli yang menentang kewujudan sistem pendidikan sekolah vernakular.

Tetapi apabila beliau bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS yang mewakili pendirian PAS dalam isu tersebut, ianya menimbulkan tanda soal.

Apakah Fadhli tidak tahu atau terlupa atau sengaja mahu memutarbelitkan pendirian PAS mengenai isu sekolah vernakular.

22 Jun 2019, Sinar Harian melapurkan, Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md Nor berkata dasar sekolah vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.



Beliau juga mendesak agar kerajaan yang memerintah ketika itu supaya menghapuskan nsistem pendidikan sekolah vernakular.

Manakala lidah rasmi PAS, Harakah, pula melapurkann isu yang sama pada 12 September 2020, dengan tajuk Mansuhkan pelaksanaan sistem sekolah vernakular.

Harakah memetik ucapan Pengarah Ameerah Negeri Melaka, Hazirah Isa, yang berkata hanya sekolah satu aliran sahaja yang dapat mendidik dan memupuk integrasi nasional.

Hazirah mahu PAS konsisten dalam mempertahankan pendirian terhadap isu ini.



Jangan kerana PAS terlibat kesepakatan Perikatan Nasional, maka PAS tunduk kepada isu ini.

Adakah kenyataan dari 2 orang pemimpin wanita PAS ini tidak boleh dianggap sebagai dasar PAS dalam isu sekolah vernakular?

Siapa yang menipu sebenarnya?

Internet atau Fadhli Shaari?



 

Internet Atau Fadhli Yang Menipu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button