Perjuangan Agama Dan Bangsa Adalah Alasan Standard Untuk Pengkhianat Mengkhianati UMNO

Perjuangan Agama Dan Bangsa Adalah Alasan Standard Untuk Pengkhianat Mengkhianati UMNO

Perjuangan Agama Dan Bangsa Adalah Alasan Standard Untuk Pengkhianat Mengkhianati UMNO

 

Secara ringkas, dalam infografik di atas, Presiden UMNO, DS Zahid, pernah mengingatkan ahli UMNO.

Ada kelompok dalam UMNO yang dilihat setia ketika UMNO mempunyai kuasa.



Namun, apabila UMNO kehilangan kuasa, kelompok inilah yang pertama akan membuat onar.

Malah menjadi duri dalam daging kepada UMNO.

Sangat mudah difahami, keompok ini adalah kelompok parasit atau lebih sesuai dipanggil sebagai pengkhianat.

Wajah sebenar mereka mula kelihatan apabila UMNO kehilangan kuasa dalam PRU 14 pada tahun 2018.



Perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tidak pernah ada dalam kamus politik mereka.

Yang ada cuma kuasa yang akan menjanjikan kesenangan dan kemewahan hidup.

Tetapi untuk terus dilihat mulia wajah mereka yang berkudis itu, alasan itu sentiasa menjadi zikir harian untuk menghalalkan tindakan jijik mereka.

Mereka tidak pernah akan mengaku bahawa perbuatan mereka melompat ke parti lain adalah kerana kuasa dan kemewahan.



Sekiranya ditanya alasan mengapa mereka melompat.

Zikir yang keluar dari mulut mereka adalah kerana UMNO kini sudah hilang halatuju dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Ketika mengecapi kemewahan hasil dari perjuangan dari pejuang sejati UMNO, perkataan UMNO sudah hilang halatuju perjuangan tidak ada.

Terbaru, bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohammad Ali, menunjukkan sikap yang sama.



Apa yang UMNO tidak beri kepada beliau.

Jawatan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara, jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dan calon PRN Melaka, semuanya beliau dapat.

Tetapi hanya kerana kalah dalam mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, beliau meroyan dan menyertai PPBM, sedangkan ketika itu beliau masih lagi ahli UMNO.

Bila ditanya alasan menyertai PPBM sedangkan beliau masih lagi ahli UMNO, seperti biasa, perjuangan agama, bangsa dan tanah air.



Mungkin sebab Allah SWT masih belum mengizinkan UMNO kembali berkuasa kerana masih lagi ada pengkhianat di dalam UMNO.

 

Perjuangan Agama Dan Bangsa Adalah Alasan Standard Untuk Pengkhianat Mengkhianati UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button