PRK KKB: Perikatan Nasional Semakin Panik

PRK KKB Perikatan Nasional Semakin Panik

PRK KKB: Perikatan Nasional Semakin Panik

 

Kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu dilihat semakin rancak.

Kali ini, 4 orang calon mencuba nasib untuk meraih sokongan pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu agar memilih salah seorang dari mereka menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu.



PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan 4 penjuru.

Namun hanya persaingan Pang Sock Tao (PH) dan Khairul Azhari Saut (PN), dijangka sengit.

Manakala 2 lagi calon, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas) dilihat hanya sebagai calon memenuhkan padang sahaja.

Ekoran dari serangan berterusan PN yang memainkan isu 3R, calon PH, Pang Saok Tao, akui bimbang bimbang tidak mendapat sokongan pengundi Melayu dan India.



Penulis melihat, usaha berterusan pemimpin UMNO dan MIC membantu calon PH, akan dapat mengubah keadaan.

Tetapi yang lebih panik adalah kem PN.

Isu hutang Khairul Azhari (PN) yang masih gagal dijawab dengan tuntas, masih lagi menghantui jentera kempen PN.

Ada pihak yang mendakwa hutang tersebut adalah hutang Azhari kepada ahlong.



Tidak pasti sama ianya benar atau tidak.

Tetapi isu pokoknya adalah, apakah Azhari akan menggunakan kedudukan sebagai ADUN (sekiranya menang) untuk melupuskan hutang tersebut?

Di sebabkan terlalu panik, tidak hairanlah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dilihat cuba ‘mengugut’ pengundi di DUN KKB.

Beliau berkata, sekiranya pengundi tidak mahu mengundi sekali lagi, mereka mestilah memastikan kemenangan calon PN.



Ugutan tidak hanya diberikan kepada pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu.

Malah Takiyuddin juga dilihat seolah-olah mengugut ahli PAS sendiri.

Takiyuddin berkata adalah haram bagi ahli PAS sekiranya mereka tidak keluar mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Takiyuddin lupa, pengundi dan ahli PAS sekarang tidak mudah tunduk dengan sebarang ugutan atau tekanan.



Tindakan Takiyuddin dijangka akan memburukkan lagi peluang calon PN untuk menarik sokongan.

 

PRK KKB: Perikatan Nasional Semakin Panik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button