Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?

Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar

Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?

 

Isu Pejabat Menteri Besar Perlis yang disiasat oleh SPRM kerana didakwa terpalit dengan jenayah salah guna kuasa dan penyelewengan duit rakyat masih lagi dalam siasatan SPRM.

Setakat ini pihak SPRM belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan kes yang sedang disiasat itu.



Namun begitu, apa yang menarik perhatian penulis adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang Exco di negeri Perlis, Izizam Ibrahim dari PPBM.

Beliau berkata, siasatan itu mengajar wakil rakyat PN Perlis yang rata-ratanya masih baharu dalam pentadbiran untuk belajar daripada kesilapan.

“Bagi saya baguslah, saya pun terima kasih kepada SPRM kerana kita YB (Yang Berhormat) baharu.”

“Benda baharu bagi kami soal pentadbiran di negeri, ia bukannya mudah, dia ada undang-undang dia, pecah kuasa dia.”



“Yang tu sajalah, tapi kalau (soal) MB, tak ada apa, kami kekal tenang dan biarkan siasatan berjalan,” kata ketua bahagian PPBM Padang Besar itu.

Seorang lagi ADUN Pauh dari PPBM pula berkata, jika siasatan tidak memihak kepada Shukri, maka PPBM negeri menyerahkan kepada kepimpinan PN untuk menentukan kedudukan menteri besarnya.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah kedua-dua ADUN PPBM itu cuba memberikan bayangan bahawa sememangnya benar berlaku jenayah rasuah di pejabat Menteri Besar?

Atau pun mungkinkah kedua-dua ADUN PPBM tersebut sememangnya menunggu perkara itu terbongkar?



Mungkin kerana ada perselisihan antara PPBM dan PAS Perlis menyebabkan mereka dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kita menunggu respon dari pemimpin PAS berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua ADUN PPBM Perlis itu.

 

Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button