Lakonan Spontan Dato’ Jalaluddin Hassan Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

“Kau Dah Kenapa Nyahh”

Lakonan Spontan Dato’ Jalaluddin Hassan Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

Lakonan Spontan Dato’ Jalaluddin Hassan Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali Yang Berbahagia Dato’ Jalaluddin bin Tan Sri Dato’ Haji Hassan, merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah tag nama iaitu “Anda pasti” dan “Jawapan Muktamad” semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara – (Seni Teater-Pelakon).



“Setiap Lakonan Beliau Memang Mantap & In Character”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @angsanajohorbahrumall yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 1,211 dan sebanyak 50 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Dato’ Jalaluddin Hassan yang berlakon secara spontan bersama dengan seorang peserta ujibakat untuk mencari pelakon tambahan. Namun, apa yang menarik adalah apabila Dato’ Jalaluddin Hassan mula untuk membawa watak sebagai seorang yang lembut bagi memeriahkan lagi suasana di situ.

@angsanajohorbahrumall

“kau kenapa nyah!” Bukan senang tau nk berduet berlakon bersama Dato Jalaluddin Hassan🤣❗️ #AngsanaJohorBahruMall #RetroNostalgiaRaya



♬ bunyi asal – Angsana JB Mall – Angsana JB Mall

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Dato’ Jalaluddin Hassan sememangnya seorang pelakon yang berbakat besar dan mampu untuk membawa watak yang mencabar dengan usianya sekarang.

Lakonan Spontan Dato’ Jalaluddin Hassan Buatkan Ramai Terhibur! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button