Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar

Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar

Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar

Ketika PAU 2022 yang lepas, dalam ucapan dasar presiden, DS Zahid Hamidi, telah mengumumkan penubuhan Majlis Ulamak UMNO.

Menurut DS Zahid, tujuan penubuhan Majlis Ulamak UMNO (MUU), adalah cerminan kesediaan parti untuk menjalin kerjasama bukan dengan parti politik tetapi juga dengan NGO.

Selepas penubuhan MUU, pengerusi MUU, Dusuki Ahmad menjelaskan, penubuhan MUU bukan bertujuan untuk mengembalikan MN.



“Saya kira tak timbul (isu bina semula MN)”.

“Sememangnya menjadi tanggungjawab sosial untuk kita menyelesaikan masalah orang Islam”.

“Selama ini dilihat golongan agama seolah-olah dipinggirkan”.

“Sekarang kita mengukuhkan kerjasama dan penyatuan itu,” jelas beliau.



MUU juga perlu diberikan peranan yang lebih  besar seperti menjawab fitnah dari musuh UMNO yang berkaitan dengan hukum hakam agama.

MUU juga perlu diberikan peranan untuk memandu kepimpinan parti dalam menentukan dasar pasar supaya ianya selari dengan hukum hakam agama.

Selama ini UMNO sering diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dari musuh politik UMNO terutamanya PAS.

Benar, UMNO mempunyai unit penerangan yang diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO untuk menjawab dan menangkis pelbagai fitnah dan tohmahan.



Tetapi dalam menjawab serangan yang berbentuk hukum hakam agama yang diputarbelitkan, kredibiliti unit penerangan UMNO dipersoalkan.

Agak sukar untuk rakyat menerima hujah dari unit penerangan kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang khusus.

Maka di sinilah MUU boleh memainkan peranan yang sangat penting.

Dari satu sudut yang lain pula, MUU perlu diberikan pendedahan yang lebih meluas supaya kewujudan mereka diketahui.



Mungkin pengerusi MUU boleh dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Apabila kita menyebut tentang Mahjlis Syura, umum akan tahu entiti itu berada di bawah payung PAS.

Tetapi sekiranya kita menyebut tentang MUU, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kewujudan MUU.

Tahniah kepada UMNO kerana sudah melakukan pengislahan dari struktur pebtadbiran parti.



 

Majlis Ulama UMNO Perlu Di Berikan Peranan Yang Lebih Besar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button