Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…

Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia...

Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…

Ramai pemimpin dan akar umbi UMNO marah apabila mantan perdana menteri ‘tersohor’, Ismail Sabri meletakkan kesalahan kepada mantan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan.

Kata Ismail Sabri, Ahmad Maslan merupakan orang yang bertanggungjawab atas kekalahan UMNO/BN dalam PRU 15 yang lepas.

Ismail Sabri berkata, andaian tidak berdasarkan kepada fakta dari Ahmad Maslan merupakan punca utama UMNO kalah dalam PRU 15.



Beliau juga mendakwa telah mendapat laporan dari pelbagai agensi ketika itu bahawa UMNO tidak boleh menang.

Tambah Ismail Sabri lagi, menggunakan keputusan PRN Melaka dan Johor sebagai indikator merupakan kesilapan besar yang dilakukan.

Kepada pemimpin dan akar umbi UMNO, jangan marah Ismail Sabri, kesian dia…

Cuma sedikit sahaja yang mahu penulis ulas.



Bagi parti politik, medan pilihanraya ibarat medan peperangan antara 2 armada tentera.

Untuk menjamin kemenangan dalam peperangan, komander mesti membuat keputusan yang tepat bila waktunya untuk melakukan serangan.

Secara rasionalnya, waktu yang paling tepat adalah ketika dan saat musuh berada di dalam keadaan yang paling lemah.

Kita tidak perlu menunggu armada mempunyai kekuatan tertinggi untuk melakukan serangan.



Yang paling penting dalam peperangan adalah kemenangan, sama ada ianya diperolehi semasa kekuatan kita di tahap terbaik atau ketika musuh berada dalam keadaan lemah, bukan kayu ukurnya.

Paling penting adalah kita mesti memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

Menyerang ketika musuh mempunyai kekuatan dan ketika kita pula lemah, bukan sahaja tidak bijak, malah BANGANG namanya.

Selepas PRN Melaka dan Johor, musuh UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah dan UMNO pula berada dalam mood pilihanraya.



Kenapa tidak dibubarkan parlimen ketika itu?

Kenapa perlu ditunggu hingga musuh dapat mengumpul semula kekuatan baharu, Ismail Sabri mahu bubarkan parlimen?

Bukankah itu BANGANG namanya.

@acik.mantera



♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

Tapi macam yang penulis kata, jangan marah Ismail Sabri, kesian dia…

 

Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading