Liverpool Reds calar ‘ego’ Manchester Reds di Bukit Jalil

Liverpool Reds calar ‘ego’ Manchester Reds di Bukit Jalil

Liverpool Reds calar ‘ego’ Manchester Reds di Bukit Jalil
Para pemain Liverpool Reds mengawasi Manchester Reds, Eric Djemba-Djemba (tengah) pada perlawanan Battle of The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. GAMBAR – FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan pilihan legenda Liverpool (Liverpool Reds) mempamerkan ‘belang’ selepas menewaskan skuad pilihan legenda Manchester United (Manchester Reds) dengan keputusan 4-2 pada aksi pertunjukan Battle of The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Red Devils telah diwakili oleh beberapa bekas pemain ternama seperti Wes Brown, Eric Djemba Djemba, Danny Webber, Mikael Silvestre, Dimitar Berbatov dan Teddy Sheringham.

Sementara itu, The Reds turut tidak ketinggalan membariskan bekas pemain berpengaruh seperti Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Riise, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Florent Sinama, Jermaine Pennant, Djibril Cisse dan Luis Garcia.



Gol pembukaan dijaringkan menerusi gerakan menarik Cisse untuk meletakkan Liverpool didepan seawal minit ke-14.

Tersentak dengan jaringan tersebut, United menyamakan kedudukan hasil tandukan Berbatov berselang tiga minit kemudian selepas menerima hantaran Webber.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Selepas melakukan beberapa siri asakan, Webber akhirnya mencetak nama selaku penjaring selepas menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-39.

Bersambung pada separuh masa kedua, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Cisse pada minit ke-44.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Liverpool untuk terus menggandakan asakan Cisse sekali lagi meledak jaringan hatrik menerusi sepakan penalti.

Lebih 10,000 peminat Liverpool yang hadir bergembira apabila The Reds mengesahkan kemenangan menerusi jaringan keempat menerusi Sinama sebelum wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE



Liverpool Reds calar ‘ego’ Manchester Reds di Bukit Jalil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading