Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja

Oleh Adam Malik

Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja.

Memalukan iika Malaysia jadi kerajaan yang tidak iktiraf titah Raja sendiri.



Jika isu titah Yang DiPertuan Agong tidak diselesai dengan baik atau tidak dituruti, maka Malaysia bakal mendapat malu kerana menjadi contoh negara dan kerajaan yang tidak akur titah Rajanya

Sebelum isu “Titah Addendum” , Malaysia mendapat malu kerana telah membatalkan perjanjian bertulis antara negara negara asing sebaik sahaja Malaysia bertukar kerajaan.

Ketika itu, perjanjian bertulis yang sudah dimeterai antara Malaysia dengan negara China, Singapura dan Arab Saudi dengan mudah sahaja dibatalkan oleh Tun Mahathir dan kerajaan nya.

 



Hal ini menjadi bahan berita dunia dan semenjak itu negara negara asing mula berhati hati dengan Malaysia.

Lebih buruk Malaysia mendedahkan bualan pemimpin negara untuk pendengaran umum.

 



Maka terus jatuh melingkup nama negara diseluruh dunia.

 

Negara negara didunia meletak kan nama Malaysia dibawah sekali dalam senarai untuk sasaran melabur.

 



Melabur atau berurus niaga dengan Malaysia jika perlu dan jika tiada negara lain mahu sahaja.

 

Jika sudah terluka sahaja tidak apa malah dipicit limau pula kepada luka dengan Malaysia menukar sistem cukainya kembali kepada sistem cukai kuno yang boleh dimanipulasi oleh peniaga.

 



Ini kerana hasutan sebuah parti yang mendominasi pemimpin sedikit kerusi tetapi mahu jadi Perdana Menteri.

 

Parti itu mahu selamatkan penyokong nya yang ramai terdiri dari ahli perniagaan yang tidak suka sistem cukai yang tidak dapat ditipu.

 



Maka, nama negara Makaysia semakin bertambah buruk, seolah olah rakyat telah membuat pilihan bodoh.

 

Kini, terbaru muncul pula isu cuba sembunyi titah diRaja.

 

Setelah tidak dapat disembunyi kaedah cuba spin pula digunakan.

 

Ini terjadi semata mata akibat pemimpin itu dikuasai pihak tertentu yang mendominasi kerajaan nya dengan kerusi yang lebih.

 

Dibelakang pemimpin ini ada parti parti politik,NGO NGO badan badan dan individu yang sememang tidak berapa setuju dengan sistem berRaja.

 

Maka mereka menumpang dan menunggang pemimpin ini.

Lalu terjadilah apa yang dilihat hari ini.

 

Satu titah yang mudah menjadi sukar, kerana perkara ini ditunggang “politically” oleh pihak tertentu.

 

Perundangan ada lah lubuk tempat mereka berkubu.

 

Namun, Malaysia akan dapat malu jika terlihat kerajaan sendiri enggan akur kepada titah Raja sendiri.

 

Malu yang mendatangkan kesan akibat tindakan berpolitik tidak ada batasan.

 

Maka usah hairan jika ringgit terus merudum dan dicampak oleh pihak luar.

 

Siapa pun tidak mahu pegang atau milik wang negara pariah.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading