Bella Astillah Terharu Dapat Bertemu Siti Nurhaliza

“InsyaAllah Bella Akan Terus Melangkah Ke Hadapan…”

Bella Astillah Terharu Dapat Bertemu Siti Nurhaliza

Bella Astillah Terharu Dapat Bertemu Siti Nurhaliza

Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa terharu apabila dapat bertemu dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila dijemput untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Siti, baru-baru ini.

Terharu Dengan Kata-Kata Semangat Siti Nurhaliza

Bella Astillah Terharu Dapat Bertemu Siti Nurhaliza



Bella, menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan terima kasih serta akui tersentuh dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh Siti kepadanya.

“Terima kasih kesayangan dan Malaysia’s sweetheart, Datuk Seri Siti Nurhaliza atas ingatan dan jemputan ke atas Bella dan mama untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri semalam.

Terharu Bella dapat jumpa kak Iti dan semangat yang diberikan. InshaAllah, Bella akan terus melangkah ke depan. Orang cakap, jangan pandang belakang ☺️.”-tulis Bella di Instagram

“Jangan Comeback Dengan Aliff Dah…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menitipkan pesanan agar Bella tidak kembali bersama suaminya, Aliff yang ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies pada Mac lalu, malah ramai yang mendoakan kebahagiaan ibu kepada dua cahaya mata ini.



“Berbaik dengan alif memang aku block si Bella ni. Gudluck!.”

“Jangan comeback dengan Aliff dah, Risau takut ada penyakit.”

“Dah boleh dahhh Bella pergi mahkamah balik tuntut fasakh sebab jantan keparat kantoi curang lagi kali ke 12 😭.”

“Bella you deserve better. Awak cantik baik sabar, doa semoga Allah beri kebahagian pada awak dan anak anak. Kesian anak anak, apa yang ade di internet will stay.”



Bella Astillah Terharu Dapat Bertemu Siti Nurhaliza

Pada Mac lalu, Bella memfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Aliff dicekup berkhalwat setelah didakwa bersekududukan bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading