EPL: Liverpool ‘putih mata’ dirantai West Ham
EPL: Liverpool ‘putih mata’ dirantai West Ham

LONDON – Liverpool sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang West Ham United di Stadium London sebentar tadi.
Meskipun menguasai permainan selain melakukan lebih 20 percubaan ke arah pintu gol pasukan tuan rumah, namun The Reds terpaksa berputih mata apabila sekadar berpuas hati membawa pulang satu mata ke Anfield.
Pada perlawanan itu, West Ham terlebih dahulu berada 1-0 di depan menerusi jaringan Jarrod Bowen selepas dia menanduk masuk hantaran lintang Mohammed Kudus pada minit ke-43 dan kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, Liverpool hanya memerlukan masa tiga minit untuk kembali menyamakan kedudukan 1-1 selepas percubaan bek kiri, Andrew Robertson gagal ditampan penjaga gol tuan rumah, Alphonse Areola.
Gol penyamaan itu terus membakar semangat pemain-pemain Liverpool untuk memburu gol kedua dan ia nyata berhasil apabila mereka berjaya mendahului perlawanan 2-1 hasil gol sendiri Areola pada minit ke-65.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu
- Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja
Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila West Ham meledak gol penyamaan 12 minit kemudian hasil tandukan penyerang, Michail Antonio yang bijak mencari ruang bagi menerima hantaran Bowen.
BOWEN (kanan) menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan satu gol selain melakukan satu umpanan pada perlawanan itu. – AFP
Liverpool hampir untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89, namun percubaan luar kotak Harvey Elliott sekadar menggegarkan palang meskipun ketika itu Areola sudah pun tertewas.
Selain gagal membawa pulang satu mata, kem Liverpool turut dilanda krisis dalaman apabila pemain sayap, Mohamed Salah dilihat bertelagah dengan pengurus, Jurgen Klopp sebelum dia masuk sebagai pemain gantian.
Keputusan seri itu sekali gus menyaksikan perebutan takhta liga ketika ini hanya di antara dua pasukan teratas, iaitu Manchester City dan Arsenal yang akan turun beraksi malam esok. – KOSMO! ONLINE
EPL: Liverpool ‘putih mata’ dirantai West Ham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :