Kilang proses minyak sawit terbakar

Kilang proses minyak sawit terbakar

Kilang proses minyak sawit terbakar

Kilang proses minyak sawit terbakar
Kebakaran di kilang memproses minyak sawit Sime Darby di Pasir Gudang. – Foto Ihsan Bomba

PASIR GUDANG: Sebuah kilang memproses minyak sawit milik Sime Darby Plantation Bhd di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini musnah 40 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Beliau berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian.



“Kebakaran di tingkat dua bangunan jenis struktur kekal berkeluasan 100×100 kaki yang mengakibatkan kemusnahan 40 peratus,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman mengambil masa empat jam dan tamat sepenuhnya pada 12. 29 tengah hari.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

Kilang proses minyak sawit terbakar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading