Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh

Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh

Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh
Foto hiasan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan pukul di kepala dalam kejadian di asrama sebuah kilang di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan membabitkan beberapa lelaki warga Myanmar pada jam 11.53 malam.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian menemui seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.



“Mangsa ditemui dengan kesan tikaman dan pukul di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, seorang lagi lelaki warga Myanmar turut cedera di pinggang dan kepala kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Beliau berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki Myanmar berusia 40-an tidak lama kemudian sebelum lima lagi rakan senegara berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan



Menurutnya semua tahanan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis sedang mengesan empat lagi suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Azharuddin berkata, setakat ini motif kejadian akibat mabuk.

Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading