Saman dari Halim Saad adalah mimpi ngeri buat Mahathir

Saman dari Halim Saad adalah mimpi ngeri buat Mahathir

Saman  Halim Saat terhadap Mahathir boleh dianggap pendedahan ‘Jerangkong dalam almari.’

Banyak perkara berlaku di zaman pemerintahan 22 tahun Mahathir yang tidak diketahui oleh generasi baru.

Tambah lagi ketika itu belum ada lagi media sosial untuk memberi laporan alternatif peristiwa peristiwa terjadi selain yang dihidangkan oleh media arus perdana dibawah kawalan kerajaan.



Saman dari Halim Saad adalah mimpi ngeri buat Mahathir

Maka, semalam telah tular dimedia berkenaan kisah seorang taikun dan billionair terkenal Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Turut disaman sama oleh Halim Saad ada lah individu yang diketahui adalah ” sidekick” Mahathir ia itu Tan Sri Nor Yakcop.

Maka dengan muncul nya saman oleh TSHS ini boleh lah dikatakan satu lagi mimpi ngeri untuk Mahathir.



Selain saman oleh TSHS , Mahathir juga berhadapan dengan kes saman nya terhadap Anwar Ibrahim.

Pada kes saman Mahathir terhadap Anwar, , pada mula nya Mahathir anggap ia laluan mudah, namun lain cerita nya apabila Anwar perolehi dokumen dan pembuktian baru selain yang sedia ada.

Dipercayai dokumen anugerah kontrek Minyak diluar negara PETRONAS kepada salah seorang anak Mahathir.

Maka, ia semakin menekan Mahathir pada kes itu dan kini ditambah dengan saman baru dari TSHS.



Mungkin TSHS tidak saman Mahathir jika beliau tidak didakwa bersama sama Tun Daim pada kes RENONG /UEM beberapa bulan yang lalu.

Lalu untuk membersihkan nama , beliau terpaksa saman Mahathir untuk memberitahu tindakan yang akibat beliau didakwa adalah kerana Mahathir.

Namun dari segi teknikal dan nature of case kita ketepikan dulu dan kita tumpu implikasi kes saman ini.

Ia boleh dikira satu lagi mimpi ngeri kerana kisah kisah lama dan sampah sampah yang disapu kebawah karpet atau jerangkong dalam almari zaman Mahathir akan muncul jadi bualan rakyat apabila ia dibicarakan.



Ini yang sangat menakutkan Mahathir.

Untuk makluman, turut disaman oleh TSHS adalah Nor Yakob, watak yang sentiasa ada jija babit Mahathir dan wang besar.

Dari kehilangan wang Forex , Wang TIA/1MDB mahu pun kes terbaru babit urusan RENONG/UEM yang difilekan oleh Halim.

Mimpi ngeri Mahathir boleh dikatakan sudah bermula.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button