Zed Zaidi : Seniman Tak Boleh ‘Banned’ Artis Bermasalah Sesuka Hati

Kena Tunggu Keputusan Mahkamah

Zed Zaidi : Seniman Tak Boleh ‘Banned’ Artis Bermasalah Sesuka Hati

Zed Zaidi : Seniman Tak Boleh ‘Banned’ Artis Bermasalah Sesuka Hati

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi tampil mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial berhubung pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz.

Beri kesan kepada industri

Zed Zaidi : Seniman Tak Boleh ‘Banned’ Artis Bermasalah Sesuka Hati



Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Zed Zaidi berkata, isu yang berlaku membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies adalah terlalu peribadi. Sebagai seorang selebriti, mereka perlu bijak menangani hal tersebut agar aib masing-masing terjaga.

Kalau tengok cerita mereka ini ia melibatkan hal peribadi. Memandangkan mereka ini selebriti, bukan setakat soal kerja sahaja menjadi tumpuan malah soal peribadi pun sama. Jadi mereka perlu bijak menutup segala benda yang melibatkan aib masing-masing supaya tak diketahui umum.

Apabila dah diketahui oleh umum, mereka perlu bijak dan duduk menangani masalah tersebut secara bersama-sama. Bagi saya Aliff kena bijak menguruskan rumah tangga. Benda ini jadi perhatian umum dan semakin lama ia menjadi parah. Secara tak langsung ia memberikan kesan kepada industri dan imej mereka pun akan terjejas.

Disoal sama ada pihak Seniman akan ‘blacklist’ artis bermasalah seperti itu ataupun tidak, Zed Zaidi memberitahu pihaknya perlu mengikut prosedur dan tidak boleh sesuka hati ‘blacklist’ mana-mana artis selagi keputusan mahkamah tidak dijatuhkan kepada mereka.



Dia macam ini, dari pihak Seniman kami akan ikut prosedur. Kami tak boleh banned orang sesuka hati sebab kami ada proses. Contoh kes jenayah, kami kena ada laporan polis, tunggu polis buka kertas siasatan sehingga mahkamah menjatuhkan keputusan. Sekiranya dia bersalah, baru kami akan gantung atau blacklist.

Dalam kes Aliff dan Ruhainies, kalau semakin parah dan mereka tak boleh selesaikan, Seniman boleh buat satu surat dan hantar kepada semua stesen televisyen dan persatuan yang terlibat supaya blacklist secara menyeluruh dilakukan.

Cuma sekarang ini kita nampak syarikat produksi banned artis secara ‘runcit’. Dia ada pelbagai kategori. Produksi A mungkin banned tetapi produksi B tidak sebab dia suka artis tu.

Tambah sekarang zaman media sosial yang menagih kontroversi secara tak langsung ia akan mempopularkan drama atau filem yang produksi B buat. Jadi produksi B mungkin suka dari segi marketing. Oleh sebab itu, Seniman boleh memberi saranan kepada mereka.



Sekiranya ambil artis tersebut dan masalah yang sama berlaku, kami Seniman tak akan bertanggungjawab.

Tambah Zed Zaidi, pihaknya sedang menuju ke arah mengeluarkan surat kepada semua pihak stesen televisyen dan persatuan sekiranya isu yang sedang berlaku ini tidak dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua artis ini.

Ia akan mencemarkan industri kreatif negara sekiranya isu ini tak selesai.

 



Zed Zaidi : Seniman Tak Boleh ‘Banned’ Artis Bermasalah Sesuka Hati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading