Rokok seludup RM1.3 juta dirampas dalam tiga serbuan

Rokok seludup RM1.3 juta dirampas dalam tiga serbuan

Rokok seludup RM1.3 juta dirampas dalam tiga serbuan
Abdul Ghafar (dua kanan) menunjukkan rampasan rokok seludup pelbagai jenama dengan bernilai keseluruhan RM1,371,688.84. – Foto ihsan JKDM Perak

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas 1,817,960 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM1.3 juta, termasuk cukai dalam tiga serbuan berasingan pada 27 Julai lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad, berkata dalam serbuan pertama di Plaza Tol Sungkai jam 8.15 pagi, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dalam satu sekatan jalan raya (SJR) oleh Bahagian Penguatkuasaan Negeri.

“Kegiatan lelaki itu dikesan hasil maklumat orang ramai dan risikan selama dua bulan.



“Susulan penahanan suspek itu, pihak kastam membuat dua lagi serbuan di Puchong, Selangor dan Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur dengan merampas rokok pelbagai jenama.

“Hasil rampasan keseluruhan membabitkan 1,817,960 batang rokok dengan nilai keselurhuan, termasuk cukai dianggarkan RM1,371,688.84, yang mana nilai rokok lebih kurang RM161,668.40 dan anggaran cukai sebanyak RM1,210,020.44,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Rokok seludup RM1.3 juta dirampas dalam tiga serbuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button