Duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, penyelia syarikat didenda RM200,000

Duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, penyelia syarikat didenda RM200,000

Duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, penyelia syarikat didenda RM200,000
Saharudin ya didenda RM200,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran di Kuantan. NSTP/ Asrol Awang

KUANTAN: Seorang penyelia syarikat perlombongan didenda RM200,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran di dua lokasi di Kampung Sungai Ular, di sini, tahun ini.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman denda RM100,000 bagi setiap pertuduhan kepada Saharudin Sa’ya, 50, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Sekiranya gagal membayar denda terbabit, tertuduh boleh dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan.



Mengikut pertuduhan pertama, Saharudin didakwa menduduki tanah kerajaan bersebelahan Pusat Latihan dan Akademik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Kampung Sungai Ular, di sini, tanpa kebenaran sah kira-kira jam 1 tengah hari, 5 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Saharudin didakwa menduduki tanah kerajaan sama tanpa kebenaran kira-kira jam 4.50 petang, 13 Februari lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, jentera berat yang disita dikembalikan kepada pemiliknya.

Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail berkata, hukuman setimpal wajar dikenakan terhadap tertuduh di atas kesalahan dilakukan.

“Hukuman setimpal itu bukan saja memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi masyarakat bahawa menduduki tanah tanpa kebenaran adalah salah,” katanya.



Azman kemudian menjatuhkan hukuman denda RM100,000, masing-masing bagi setiap pertuduhan manakala jentera berat disita di dua lokasi terbabit dilucutkan hak kepada kerajaan negeri.

Berdasarkan fakta kes, hasil pemeriksaan ke atas pemandu jentera berat, mereka menerima arahan untuk melakukan kerja pemindahan pasir silika di lokasi terbabit.

Pegawai penyiasat membuat semakan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, namun jabatan itu mengesahkan tiada sebarang kelulusan atau kebenaran diberi untuk menduduki kawasan itu.

Duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, penyelia syarikat didenda RM200,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading