Layakkah Muhyiddin Menjadi PM Semula?

Layakkah Muhyiddin Menjadi PM Semula?

Layakkah Muhyiddin Menjadi PM Semula?

Satu dunia tahu, Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan Malaysia bukan atas mandat rakyat, atau melalui pilihanraya.

Beliau menjadi perdana menteri dari pakatan sulit menggulingkan kerajaan ala ala kudeta melalui Langkah Sheraton.

Bos beliau, Dr Mahathir, beliau khianati, parti gabungan yang PPBM sertai, Pakatan Harapan, yang memberikan kerusi perdana menteri kepada PPBM juga beliau khianati.



Malah, yang paling besar sekali ialah, mandat rakyat seluruh Malaysia telah beliau khianati.

Tidak habis di situ, saat beliau disingkirkan, institusi YDP Agong juga telah beliau khianati dengan menipu SPB YDP Agong dalam isu pembubaran darurat.

Ternyata, Muhyiddin sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi nafsu serakah beliau terhadap kekayaan dan kuasa.

Selepas beliau disingkirkan dari Putrajaya, Muhyiddin masih mendabik dada dengan mengaku bahawa beliau dan parti yang beliau terajui, sangat bersih.



Bersih dari rasuah, bersih dari salah guna kuasa.

Apabila terbongkar skandal Jana Wibawa yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuak yang membabitkan puluhan ribu juta ringgit, Muhyiddin mengatakan ianya fitnah.

Malah, sanggup bersumpah, wallahi, tidak satu sen pun duit tersebut masuk dalam poket beliau.

Belum ada sesiapa yang telah mengatakan atau menuduh beliau bersalah.



Biarlah proses perbicaraan mengambil tempat dan menentukannya.

Pulanglah, Bukan SPRM Sahaja Yang Rindu, Anak Bini Juga Rindu

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Kini terbongkar pula skandal projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.



Menantu Muhyiddin dikaitkan dengan skandal tersebut dan beliau dikehendaki SPRM untuk melengkapkan siasata.

Muhyiddin pernah mendakwa beliau atau ahli keluarga beliau tidak terlibat atau memegang apa-apa jawatan dalam syarikat terbabit.

Persoalannya, kalau tidak terlibat, kenapa menantu beliau melarikan diri?

SPRM hanya mahu mengambil keterangan sahaja untuk melengkapkan siasatan, apa masalahnya sampai lari tinggalkan anak bini?



Lebih mengejutkan, apabila ditanya mengenai lokasi menantu beliau, Muhyiddin sekadar menjawab ‘no comment’.

Apakah Muhyiddin tidak fikirkan tentang masa hadapan anak dan cucu beliau yang sejak bulan Mei tidak dapat bersama suami dan ayah mereka?

Sanggupkah Muhyiddin korbankan masa hadapan anak dan cucu beliau yang akan hidup tanpa suami dan ayah di sisi?

Pasti Muhyiddin tidak sanggup melihat semua itu berlaku di hadapan mata.



Mungkin menantu beliau boleh membuat panggilan video setiap hari, tetapi, adakah ianya sama?

Kalau Muhyiddin sanggup korbankan anak cucu beliau semata-mata untuk melindungi sesuatu (mungkin), apakah beliau sanggup berkorban untuk rakyat?

 

Layakkah Muhyiddin Menjadi PM Semula?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button