PKP: Warga asing tumbuk polis
PUTRAJAYA: Seorang warga asing ditahan kerana memukul seorang anggota polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku jam 9.15 pagi tadi ketika anggota polis berkenaan menjalankan tugas di Sekatan Ja
lan Raya (SJR) jalan hala masuk persimpangan Sekolah Antarabangsa Arab, Presint 14.
Rosly berkata, seorang lelaki warga Indonesia berumur 45 tahun yang dilihat berjalan dan ingin melintasi sekatan jalan berkenaan dipanggil untuk disoal siasat.
“Secara tiba-tiba, suspek menumbuk bahagian kening seorang anggota polis trafik bertugas, Lans Koperal Salehhuddin Mohd Soffian, berkali-kali.
“Tumbukan itu menyebabkan anggota polis berkenaan mengalami kecederaan di kening dan jari sebelum diarah mendapatkan rawatan di hospital Putrajaya.
“Suspek turut melawan dan bergelut ketika cuba ditahan, sehingga memaksa anggota bertugas menggunakan kekerasan sebelum lelaki itu dapat ditahan,” katanya di sini, hari ini.
Rosly berkata, suspek yang berjaya ditahan turut calar di bahagian muka terkena permukaan jalan raya akibat pergelutan.
Ketika diperiksa, suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan mendakwa bekerja sebagai kontraktor landskap dan tinggal di Kampung Dato Abu Bakar Baginda.
“Suspek memberi alasan tidak munasabah kerana mendakwa keluar rumah u
ntuk berjalan-jalan tanpa tujuan.
“Dia ditahan di balai polis Putrajaya kerana mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan melanggar PKP di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Imigresen,” katanya.