KEBAJIKAN ANGGOTA PDRM DIJANGKITI COVID -19 TERBELA – KETUA POLIS NEGARA

Ketua Polis Negara Rayu Rakyat Bersabar Hadapi Sekatan Perjalanan Dalam Tempoh PKP Pandemik Covid-19

 

 

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/04/VID-20200413-WA0079.mp4[/KGVID]

 

Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta rakyat keseluruhannya bersabar menghadapi Covid-19 terutama apabila berhadapan dengan sekatan jalanraya sepanjang tempoh PKP.

Beliau menyatakan demikian semasa melakukan lawatan mengejut ke IPD Raub bagi mendapatkan maklum balas anggota dan laporan semasa operasi PKP di Raub, Pahang.

Mengulas mengenai kebajikan anggota PDRM yang dijangkiti Covid-19 semasa bertugas, Hamid menjelaskan beliau telah mengarahkan Jabatan Pengurusan PDRM Cawangan Kebajikan dari bawah hingga ke Bukit Aman agar memastikan kebajikan anggota dan tanggungan mereka dijaga dengan baik.

Hamid juga berharap agar rakyat tanpa mengira status memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid19 ini berjaya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker