Mira Filzah Mengaku Sudah Bertunang ?

Akhirnya mengaku pun!

Mira Filzah mengesahkan hatinya sudah dimiliki dan kedua-dua belah keluarga telah bertemu untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh empunya badan ketika live bersama Ustazah Asma’ Harun di Facebook.

Menerusi video tersebut, Ustazah Asma’ kata jika menurut Islam persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.



“InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ini juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga,” kata ustazah.

Sebelum ini pun dah kecoh bila ramai yang kata Mira Filzah sedang hangat bercinta dengan anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang dikenali sebagai Wan Emir.


Foto: IG

Mira dah mengaku tu, nampak gaya macam nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.



Kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi darinya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button