PERKEMBANGAN MUTAKHIR COVID-19
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (13 April 2020)
1. PDRM dan ATM telah mengadakan sebanyak 784 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 358,593 kenderaan
2. Sebanyak 35,825 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 5275 premis telah diperiksa
3. 1471 individu ditahan kerana ingkar PKP, 949 dikenakan kompaun RM1,000, 503 direman dan 19 individu dijamin polis
4. 51 didakwa di mahkamah semalam kerana ingkar PKP
5. Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 3105
6. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga semalam adalah sebanyak 8,647 individu
7. Semalam, sebanyak 114 operasi sanitasi meliputi 43 zon di 12 negeri, termasuk 33 di Johor dan 19 kawasan di Pahang
8. Sebanyak 9 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah selesai disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 26 kawasan
9. Semua PPR di zon merah dan zon kuning diseluruh negara telah selesai disanitasi
10. Setakat 12 April 2020, sebanyak 174 Pusat Kuarantin telah beroperasi, 13,575 individu sedang menjalani kuarantin wajib
11. Semalam, 390 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib
12. PDRM, ATM, Jabatan Imigresen Msia & Agensi Kawalan Sempadan Msia (AKSEM) sentiasa kawal pintu sempadan terutama “jalan tikus” yg digunakan PATI
13. Tiada pencerobohan setakat ini & kawalan akan dipertingkatkan untuk memastikan tiada pencerobohan ke masuk ke negara
14. TLDM bersama APMM akan ambil tindakan tegas untuk menghalang dan mengusir sebarang pencerobohan kawasan perairan negara
15. Rakyat Msia di Luar Negara
– Rakyat Msia yang terkandas di luar negara & berhasrat utk pulang dinasihatkan menghubungi Kedutaan Msia yg terdekat
– Wisma Putra sentiasa berbincang dgn pihak berkuasa negara yang terbabit bagi membawa pulang rakyat Msia
– Sekiranya pihak kerajaan diberi kebenaran, kos membawa pulang perlu ditanggung oleh individu terbabit dan penerbangan khas akan di uruskan oleh Kementerian Pengangkutan
16. #COVID19 – Kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi ketika PKP
17. #COVID19 – Pelajar IPT diminta kekal di kolej kediaman dan tidak dibenarkan pulang ke kampung sepanjang PKP dilaksanakan
18. #COVID19 – Semua bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP