Semenjak Menduda, Alha Alfa Akui Jadi Idaman Ramai Wanita

Hampir sebulan bergelar duda, pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa mengakui dirinya menerima banyak mesej daripada individu tidak dikenali ingin menjadikannya sebagai suami. Untunglah!


Kredit foto: Siakap keli.com

Ketika ditemui mStar online, Alha juga mengatakan ada ibu bapa ingin menjadikan dirinya sebagai menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak, yakni dari segi hantaran dan sebagainya.

“Setelah saya umum saya sudah bercerai dengan isteri, bukan saja mesej kecaman yang saya dapat, malah sampai sekarang saya turut terima mesej lamaran daripada individu yang tidak dikenali,”

“Ada yang nyatakan hasrat nak jadikan saya suami mereka dan sanggup susah senang bersama. Lebih mencuit hati, ada pakcik makcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa perlu keluarkan wang hantaran dan sebarang majlis,” ujarnya lagi.

Alha mengakui belum terfikir untuk mencari teman pengganti buat ketika ini.

“Kalau sekadar kenal-kenal untuk berkahwin itu, bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, kalau dengan bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum putus untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, tanggal 22 Mac lalu, kecoh industri hiburan apabila Alha mengumumkan tidak lagi bersama isteri setelah hampur enam bulan bersama.

Menurutnya, perkahwinan bersama Noor Azlin Ismail itu retak atas faktor perbezaan usia dan kerjaya. Berita tersebut ternyata menjadi perbualan hangat masyarakat dan instagram peribadi milik Alha dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Leave a Reply

%d bloggers like this: