Indonesia paling banyak sumbang kemusnahan hutan tropika

Indonesia paling banyak sumbang kemusnahan hutan tropika

Indonesia paling banyak sumbang kemusnahan hutan tropika
INDONESIA memusnahkan hutan untuk sektor agrikultur dan perlombongan. – AFP

JAKARTA: Indonesia menjadi antara empat negara yang didakwa menjadi penyebab banyak kawasan hutan musnah bagi memberi ruang kepada kegiatan perlombongan dan pembinaan infrastruktur.

Tiga negara lain adalah Brazil, Ghana dan Suriname.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, keempat-empat negara yang kaya dengan sumber hutan itu bertanggungjawab hampir 80 peratus dalam kemusnahan hutan tropika akibat operasi perlombongan dari 2000 hingga 2019.



Selain itu, sekurang-kurangnya 70 peratus kemusnahan hutan diakibatkan oleh aktiviti agrikultur.

Indonesia menjadi penyumbang terbesar apabila hampir kebanyakan kawasan hutannya dimusnahkan untuk perlombongan arang batu bagi memenuhi permintaan bahan api dari China dan India.

Menurut pengarang bersama kajian tersebut, Anthony Bebbington dari Universiti Clark di Massachusetts, peralihan tenaga memerlukan sejumlah besar mineral seperti kuprum, litium dan kobalt.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sehubungan itu, beliau menjelaskan, pelbagai pihak perlu merancang pendekatan yang lebih berkesan bagi mengurangkan kesan perlombongan terhadap kemusnahan hutan.



“Secara rawak, kebanyakan lombong di seluruh dunia mengekstrak lebih daripada dua kali ganda jumlah bahan mentah berbanding yang berlaku pada 2000.

“Keseluruhannya, terdapat 26 negara bertanggungjawab dalam kemusnahan hutan tropika sejak 2000 dengan empat negara berkenaan paling banyak memberi kesan,” katanya.

Dalam kajian tersebut, kumpulan penyelidik mengkaji imej satelit global dan data kemusnahan hutan bersama lokasi perlombongan sejak dua dekad lalu. – REUTERS

Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

Indonesia paling banyak sumbang kemusnahan hutan tropika


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker