Watak remaja bermasalah Rita Nadira raih pujian

Oleh – Syeikh Baran


Watak remaja bermasalah Rita Nadira raih pujian
Watak yang dibawa Rita Nadira sebagai remaja bermasalah diklasifikasikan sebagai luar biasa oleh warga maya.

SELEPAS digandingkan dengan Aniq Suhair dalam drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah baru-baru ini, lakonan mantap pelakon semakin meningkat naik, Rita Nadira meraih pujian warga maya.

Beberapa klip pendek yang dimuat naik dramasangat dan tv3malaysia di platform TikTok dan Instagram dilihat mendapat sambutan kerana gandingan serta watak yang dibawa sangat luar biasa.



Malah, terdapat juga warga maya yang mencadangkan supaya mereka berdua terus digandingkan untuk berlakon dalam drama seterusnya.

Membawa karakter yang tidak lemah dan sukar untuk dibuli, Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 26, yang melakonkan watak Dania tetap cekal biarpun sedang bergelut dengan anak dalam kandungan dan berdepan situasi tegang di pusat perlindungan.

Terdapat juga warga maya yang berpendapat, sesiapa pun boleh bertukar karakter dan naik angin seperti Dania sekiranya dikelilingi rakan-rakan yang suka memanipulasi fikiran.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah mengisahkan tentang hubungan terlarang antara Dania dan Iqbal, lakonan Aniq Suhair di pusat perlindungan gadis bermasalah, Wadi Safiyyah.



Dania dimasukkan ke Wadi Safiyyah selepas ditinggalkan bekas kekasihnya, Qabil bersama anak luar nikah dan atas desakan bapanya, Datuk Safuan yang mahu Dania menggugurkan anak dalam kandungannya.

Atas dasar kasihan, ibunya, Datin Kay lalu menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah.

Tanpa diduga, Wadi Safiyyah adalah milik ibu bapa Qabil.

Di situ, Dania berjumpa dengan Ustaz Iqbal yang mengajar di situ tanpa mengetahui dia adalah adik kandung Qabil.



Iqbal jatuh cinta kepada Dania dan ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pengajar dan Umairah yang mempunyai perasaan terhadap Iqbal.

Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah lalu menimbulkan ketegangan terhadap Dania dan Qabil.

Bagaimana Dania berdepan situasi itu? Adakah Iqbal bakal mengetahui anak dalam kandungan Dania adalah milik abangnya?

Saksikan Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah dalam slot Akasia lakonan Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Iman Aneesa dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.



Ia bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 petang di TV3 atau strim langsung secara HD di Tonton.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading