Pemimpin PH, Belajar Sedar Diri!
TERLEBIH dahulu saya meminta maaf kerana menulis berkenaan ini, bukan tidak sensitif kepada keadaan, namun ada perkara penting yang perlu dijawab agar ada kefahamam serta rakyat dapat dibela sebaiknya semasa dan selepas wabak Corona Virus ini berlalu pergi.
Pada 5 Jun 2019, Tun Mahathir membantah Manifesto PH, Manisfesto yang dicipta sendiri oleh mereka. Tun kata, mereka yang telah bekerja kuat untuk kemenangan ini perlu diberi ganjaran dan melantik mereka di jawatan yang difikirkan sesuai.
Di dalam PH, sesuai bermaksud siapa yang mereka suka, bukan bermaksud kelayakan dan kemampuan serta pengalaman, itu sebab kita boleh lihat Menteri Kewangan walaupun menipu sijil boleh jadi Menteri.
Menteri Pertahanan, walau tidak habis belajar adalah sesuai menjaga pertahanan negara. Timbalan Menteri Luar, walaupun menipu, boleh diangkat tinggi, ada ramai lagi Menteri di dalam PH sebenarnya tidak mempunyai kelayakan mahupun pengalaman di dalam mentadbir.
Di sektor GLC dan Agensi pula, PH memainkan peranan yang cukup efektif dengan memasukan rakan-rakan yang ada kaitan politik dan family sebagai CEO, Board Director malah sehingga CFO dan COO pun mereka lantik.
Apa jadi di Prasarana, COO dikatakan Kroni Dap, seorang yang dihantar khas untuk menjadi perantara di antara Dap dan GLC. Dap cuba untuk menakluk Prasarana dengan mengenakan tekanan kepada CEO kerana mahu menukar kroni mereka.
Di Khazanah, ada wakil board yang muda dikatakan very powerfull sehingga board-board di GLC ketakutan membantah apa yang dicadangkan oleh beliau.
Contoh paling rakus PH, di Kementerian Wilayah Persekutuan, Setiausaha Akhbar makan dua gaji, Setiausaha Politik dapat Jawatan ALP malah Setiausaha Sulit Kanan dapat jawatan di Putrajaya.
Ini hanya contoh-contoh dari berpuluh GLC dan Agensi yang dikatakan menjadi penyumbang kontrak kepada PH dan kroni tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Ianya menjadi buah mulut para profesional, peniaga dan pekerja.
Bukan lagi satu rahsia kerakusan PH semasa mereka memerintah. Ramai yang sujud syukur apabila mereka dijatuhkan dan mereka berdoa agar cepat-cepatlah berhentikan mereka ini semua.
Rakyat sedang bergelumang untuk berlawan dengan Corona Virus, selepas ini ada banyak agenda perlu diuruskan untuk memastikan setiap lapisan rakyat dapat meneruskan kehidupan dengan keadaan sebelum wabak melanda.
Penyusunan semula ini penting agar kerajaan dapat bergerak dengan lebih pantas dan efektif, sekiranya PH faham dan jujur serta profesional, mereka tidak perlu menunggu diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan, pandai-pandailah melihat siapa diri mereka.
Semasa BN kalah dahulu, ALP serta lantikan politik semuanya berhenti sendiri, faham akan kedudukan, bukan berperangai seperti kebudak-budakan, merayu dan mengadu di Facebook dan sebagainya.
Dan jangan lupa, semasa BN kalah, PH memberhentikan semua penjawat awam kontrak, bukan hanya yang berjawatan pegawai, makcik yang menjadi membancuh kopi pun mereka buang tanpa ada belas kesihan.
Semasa itu, nak puasa, nak raya, siapa lebih kejam!
Tindakan PN lakukan bukan bermaksud membalas dendam, jauh lagi untuk menghukum.
Sekarang masa untuk terus memberi keutamaan kepada rakyat, penyusunan yang teratur akan memastikan kelangsungan pentabiran yang baik untuk rakyat, yang kena berhenti dan ditamatkan perkhidmatan hanyalah beberapa individu yang sebenarnya sudah kaya dan senang, mereka seharusnya memikirkan bagaimana kerajaan dapat memberkan perkhidmatan terbaik dengan KETIADAAN mereka sebagai penghalang.
Nasihat saya kepada pemegang jawatan yang disokong oleh politik, lantikan politik secara terang ataupun disusun untuk menjadi proksi politik master. Letaklah jawatan, berhenti dan bukan diberhentikan, anda akan dihormati.
Datuk Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
15 April 2020