‘HARI-HARI TERAKHIR’ PENGARAH BESAR FELDA SANTUNI PENEROKA SEBELUM MELEPASKAN JAWATAN?

Selepas Memasuki PKP Fasa 3 Barulah Pengarah Besar Felda Setuju Keluarkan Bajet Untuk Peneroka Hadapi Covid-19?

 

Kontroversi bantuan daripada Felda untuk Peneroka Felda nampak begitu ketara apabila Pengarah Besar Felda baru dikatakan baru muncul pada hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan yang Ke-2. Beliau sebelum ini dikritik hebat warga peneroka apabila tiada bantuan khusus dikeluarkan oleh Felda bagi membantu peneroka yang terjejas dengan PKP sejak 18 Mac 2020.



Menurut laporan Bernama, semalam Dato Othman Omar selaku Pengarah Besar Felda telah melawat salah satu program inisiatif Peneroka yang mengumpul bantuan daripada pelbagai pihak untuk diagihkan kepada keluarga peneroka yang memerlukan.

Program PMKR telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM 6.3 juta bagi diagihkan (bantuan makanan asas) kepada peneroka tanpa sebarang sumbangan daripada Pengarah Besar Felda atau FELDA itu sendiri.



Peroalannya mengapa selepas 2 fasa PKP baru Pengarah Besar Felda muncul dan buat pula pengumuman bantuan akan diagihkan kepada 70,000 keluarga peneroka? Bagaimana pula kenyataan sebuah NGO dikenali sebagai GENERASI yang menyatakan bantuan akan disalurkan kepada 112,365 keluarga Felda? Adakah DG (Pengarah Besar Felda) tiada saluran komunikasi yang efisien atau GENERASI membuat program tanpa pengetahuan DG? 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=oDeR64yrTAs[/embedyt]

Berapa jumlah yang disalurkan DG sebenarnya? Satu rungutan oleh Majlis Belia Felda menampakkan tiada angka yang dinyatakan DG sebagai sumbangan FELDA kepada peneroka. Pelbagai tangkap layar menampakkan protes terhadap DG semakin kuat dan ada yang mendesak beliau meletakkan jawatan memandangkan beliau dilantik oleh Azmin Ali ketika zaman Pakatan Harapan dan dipercayai lantikan tersebut ada kaitan politik memandangkan Othman Omar pernah bertugas di PKNS ketika Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Begitu juga senarai Pengarah yang dibawa masuk ke FELDA difahamkan langsung tiada latar belakang Felda malah tidak faham urustadbir Felda dan peneroka.

Mungkinkah semalam adalah antara ‘Hari Terakhir’ DG dalam Felda sebelum meletakkan jawatan kerana GAGAL membantu peneroka selama beliau menjawat jawatan tersebut? Pastinya warga peneroka akan memerhati rapat isu DG dan mahu satu keputusan yang lebih baik untuk semua peneroka Felda.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button