“Strawberi berbuah lebat, tapi tiada pengunjung”

CAMERON HIGHLANDS: Pendapatan pengusaha kebun strawberi di Taman Sedia, Tanah Rata di sini, terjejas kerana tidak dapat dipasarkan disebabkan tiada pengunjung.

Sebelum ini, ladang pengusaha terbabit mendapat sambutan menggalakkan khususnya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Pengusaha YZ Agro Farm, Zulkifli Zahari, 60, berkata beliau bersama tujuh lagi pengusaha di Taman Sedia terjejas punca pendapatan sejak penularan COVID-19 sehingga kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Biasanya setiap tahun, pengusaha menyediakan tiga musim utama strawberi berbuah lebat terutama memenuhi permintaan pada cuti sekolah, termasuk pengunjung memetik sendiri di kebun.



“Sekarang, kebanyakan strawberi sudah masak ranum dan tidak dapat dipasarkan hingga pengusaha terpaksa memikirkan cara untuk menyimpannya supaya tidak rosak begitu sahaja,” katanya.

Zulkifli berkata, pada masa ini, beliau menanam 25,000 pokok strawberi yang boleh menghasilkan purata 1,000 kilogram (kg) setiap musim.

“Sekarang kami terpaksa menyimpan buah itu secara sejuk beku bagi mengelakkannya busuk.

“Kini saya sudah mempunyai lebih 300 kg stok buah sejuk beku hingga tidak mempunyai ruang lagi untuk simpanan.,” katanya.



Beliau berkata, strawberi sejuk beku boleh tahan hingga enam bulan dan dijual RM7 sekilogram berbanding RM30 bagi buah segar.

Zulkifki berkata, rata-rata pengusaha di sini, terpaksa memikirkan usaha menjadikannya produk hiliran seperti jem, kordial dan aiskrim supaya strawberi tidak terbuang bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button