PELANCONG TERKANDAS PUJI TINDAKAN MALAYSIA LAKSANAKAN PKP BENDUNG WABAK COVID19
Malaysia Di Landasan Betul Tangani Wabak Covid19 -Pelancong Asing
[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/04/VID-20200418-WA0036.mp4[/KGVID]
Sepasang pelancong dari Perancis yang terkandas di Cameron Highlands sejak 18 Mac 2020 memuji tindakan Kerajaan Malaysia yang mengambil tindakan segera melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasangan yang tiba di Malaysia pada akhir Februari menaiki sebuah caravan merancang untuk ke Thailand selepas bercuti di Cameron Highlands namun mereka terkandas selepas kerajaan menutup semua pintu sempadan tanahair apabila pandemik Covid19 makin meningkat. Akur dengan arahan kerajaan, pasangan tersebut kini ‘terpaksa’ menetap sementara di satu kawasan parkir awam Tanah Rata.
Mereka yang ditemui menyatakan berasa lebih selamat berada di Malaysia apabila membandingkan peningkatan kes dan kadar kematian berbanding negara lain dalam Asia Tenggara. Turut berharap agar penularan Covid19 segera putus, tindakan PKP juga mendapat perhatian pasangan Perancis yang bersetuju tindakan arahan ‘Duduk Di Rumah’ seperti disarankan Kementerian Kesihatan.
Apabila ditanya bagaimana mereka mendapat sumber makanan, Ellen memberitahu mereka membeli dari bahan kering dan basah dari pasar dan kedai runcit untuk dimasak memandangkan kemudahan dapur kecil turut dibawa bersama dalam caravan mereka.