Kali kedua seri, pasukan China dalam bahaya

Oleh – Syeikh Baran


Kali kedua seri, pasukan China dalam bahaya

Harapan China pada Piala Asia semakin pudar apabila mereka dipaksa seri 0-0 bagi perlawanan kedua berturut-turut menentang Lubnan yang tidak bernasib baik malam ini.



Lubnan yang menghuni ranking lebih bawah kecewa apabila dua percubaan mereka terkena palang gol China manakala Negara Tembok Besar itu menyaksikan satu percubaan diselamatkan di atas garisan dalam perlawanan menarik tanpa jaringan itu.

Tuan rumah dan penyandang juara Qatar berdepan Tajikistan dalam satu lagi aksi kumpulan itu malam ini dengan pusingan 16 terakhir boleh dicapai. China berdepan Qatar pada perlawanan terakhir mereka.

Qatar mengungguli Kumpulan A dengan tiga mata dan bermain kurang satu perlawanan manakala China dua mata diikuti Tajikistan dan Lubnan masing-masing satu mata.

Hanya dua pasukan teratas memastikan tempat ke pusingan kalah mati dan ini satu lagi tamparan buat bola sepak China, yang dikejutkan dengan skandal rasuah serta mengatur perlawanan.



Masih segar selepas seri 0-0 dengan Tajikistan, China mengatur langkah lebih awal berdepan pasukan yang berada 28 anak tangga di bawah mereka.

Lubnan tumpas 3-0 di tangan Qatar pada aksi pembukaan kejohanan itu namun ketinggian pemain dan kekuatan mereka mencetus masalah buat China.

Di depan 14,000 penonton di Stadium Al-Thumama dengan kapasiti 44,000, gelanggang bagi Piala Dunia 2022, peluang sulung hadir pada minit ke-24.

Penjaga gol China, Yan Junling menumbuk bola keluar dan susulan hantaran lintang Lubnan, Omar Bugiel – yang beraksi bersama Wimbledon dalam divisyen empat England – menanduk bola melepasi palang gol.



Kali kedua seri, pasukan China dalam bahaya

Penyerang berusia 30 tahun itu, yang turun naik beraksi di liga bawahan mahupun liga amatur Inggeris, mempunyai dua peluang lagi untuk mengintai gol ketika Lubnan meningkatkan serangan.

China akhirnya bagaikan bernyawa pada hujung babak pertama, penyerang Wu Lei dan Zhang Yuning dinafikan tiga kali dalam tempoh singkat oleh penjaga gol Mostafa Matar.

Hassan Maatoukt merembat ke palang gol China pada masa kecederaan babak pertama dan selepas rehat Hasan Srour turut kecewa apabila percubaannya terkena palang.



Pada pertengahan babak kedua China hampir memecah kebuntuan apabila Matar melakukan kesilapan hasil percubaan lemah tetapi pemain pertahanan Lubnan berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol. – AFP

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button