Pesanan Azhar Sulaiman Buat Anaknya Raih Perhatian

Carilah Pasangan Orang KL Ataupun Anak Sultan, Sebab…

Pesanan Azhar Sulaiman Buat Anaknya Raih Perhatian

Pesanan Azhar Sulaiman Buat Anaknya Raih Perhatian

Azhar bin Sulaiman merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.

Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.

“Netizen Setuju Pesana Tersebut Untuk Anak-Anak”

Baru-baru ini, tular satu gambar beserta kapsyen yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Azhar Sulaiman yang meraih perhatian ramai. Gambar berkenaan mendapat jumlah tanda suka sebanyak 2,897 dan hampir 100 komen.



Di dalam gambar berkenaan, Azhar Sulaiman membuat pesanan untuk anak-anaknya mengenai pemilihan pasangan hidup.

“Buat semua anak-anak saya, setiap kali raya atau perayaan lain, highway mesti jammed gila. Oleh itu carilah pasangan nanti yang parents mereka tinggal di KL sahaja”-kata Azhar Sulaiman

“Tapi, kalau diorang nikah dengan mana-mana anak sultan ke, takpe. Sebab transport pihak istana arrangekan. hihihi”-tambah Azhar Sulaiman

Pesanan Azhar Sulaiman Buat Anaknya Raih Perhatian
VIA INSTAGRAM AZHAR SULAIMAN

Rata-rata gambar beserta kapsyen tersebut raih perhatian ramai. Mereka juga mengatakan bahawa mereka setuju dengan pendapat Azhar Sulaiman itu. Kebanyakkan yang komen juga adalah mereka yang mempunyai pasangan yang duduk berdekatan dan tidak perlu fikir mengenai kesesakkan lalu linta apabila tiba musim perayaan.

Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar pendapat sahaja dan jodoh serta ajal telah ditentukan oleh ilahi. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Pesanan Azhar Sulaiman Buat Anaknya Raih Perhatian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker