CRSM MCA sumbang 30 ribu topeng muka kepada NKFM

Skuad Bantuan Bencana MCA (CRSM) hari ini menyumbangkan 30 ribu keeping topeng muka perubatan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM), diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Hong Wee.

Hong Wee memberitahu, Yayasan akan bertanggungjawab mengagihkan topeng-topeng tersebut kepada 28 buah pusat dialysis di bawahnya, agar 1700 pesakit boleh terus mendapatkan rawatan daripada pusat-pusat berkenaan tanpa berasa bimbang.

Setiausaha GoCare Xilas Ngang berkata, CRSM telah membuat kompilasi keperluan hospital-hospital yang mengendalikan kes-kes Covid-19 di seluruh negara, dan menyeru orang ramai menderma melalui platform kebajikan pembiayaan ramai GoCare. Pada masa yang sama, badan-badan amal kerajaan juga boleh menyenaraikan barangan yang mereka kekurangan di laman GoCare, bagi memudahkan orang ramai menyalurkan derma dan sumbangan.

“CRSM setakat ini telah mendapat sumbangan bernilai kira-kira RM20 ribu, termasuk topeng muka, pelindung muka, peralatan pelindung diri (PPE) dan sebagainya, bagi membantu para petugas di barisan hadapan, pertubuhan-pertubuhan setempat serta golongan yang lemah,” tambahnya.

Setiausaha CRSM Ng Han Kok pula memberitahu, selain dari 8 ribu set PPE serta 36 ribu keping topeng muka yang didermakan kepada 65 hospital sebelum ini, skuad itu juga akan mendermakan sebahagian barangan berkenaan kepada pusat-pusat amal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi membantu mereka dalam penjagaan golongan yang lemah.

“Orang ramai yang ingin mengetahui pusat amal manakah yang memerlukan bantuan, bolehlah mendaftar melalui portal rasmi GoCare di www.gocare.org.my atau membuat sumbangan wang ringgit atau barangan secara atas talian. CRSM akan terus mengerahkan tenaga dan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan Jabatan Kebajikan di seluruh negara bagi berkhidmat kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker