Lapor jika kesan pencerobohan di sempadan – Panglima Tentera Darat

PETALING JAYA, 21 April — Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai polis yang dipercayai merogol dua wanita warga Mongolia telah lengkap dan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya juga menerima arahan untuk mengambil beberapa tindakan susulan berhubung kes itu, termasuk mengemas kini siasatan.

Ditanya sama ada laporan doktor menunjukkan kedua-dua mangsa dirogol, beliau berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

“Suspek kini dilepaskan dengan jaminan polis dan diarahkan bercuti daripada tugas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita Mongolia di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 11 April lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun di hotel berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Ezanee berkata pihaknya sedang mengkaji untuk memperketatkan lagi pelaksanaan sekatan jalan raya di bahagian selatan daerah itu.

“Saya sedang kaji untuk menambah lagi sekatan jalan raya di selatan Petaling Jaya kerana pada fasa pertama dan kedua, kita terlalu fokus di bahagian utara daerah ini. Mungkin dua sekatan jalan raya ditambah,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 90 peratus pengguna jalan raya didapati memiliki surat kebenaran berkaitan perkhidmatan penting.

Selain itu, Nik Ezanee berkata pelaksanaan sistem rondaan ‘Aberdeen’ iaitu pemantauan pegawai secara berjalan kaki di kawasan perumahan dan pusat komersial di daerah tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Seramai 18 individu telah ditahan melalui sistem rondaan Aberdeen kerana ingkar PKP,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: