TINDAKAN TEGAS PERLU DILAKUKAN BENDUNG KEMASUKAN PELARIAN ROHINGYA DAN PATI YANG MAHU LARI DARI COVID19 DI NEGARA SENDIRI

Tindakan Tegas Perlu Dilakukan Bagi Lindungi Keharmonian Rakyat

 

Isu pelarian Rohingya mendapat pelbagai reaksi serta pandangan bercampur-baur dari rakyat Malaysia. Ada yang mahu kerajaan bertegas dengan pelarian ini tidak kurang juga ada  berhujah dengan sentimen kemanusiaan sebagai intipati. Bagaimanapun isu  Rohingya ini secara tidak langsung turut mengheret isu pelancong asing yang telah menyalahgunakan pas pelancong untuk menetap di Malaysia secara haram. Menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 siri 2, tiada rekod tarikh keluar lebih 95% pelancong China dan India sejak 2016 sehingga 2018.

Mengikut data 2016 hingga 2018, kehadiran 79,799 pelancong China melalui sistem MyIMMs mendapati 76,258 atau 95.6% tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia. Warga India pula dicatatkan masuk ke Malaysia seramai 41,234 antara 2017 dan 2018 tetapi hanya 39,806 (96.5%) tidak mempunyai catatan keluar. Bagaimanapun angka tersebut diperbetulkan oleh Ketua Pengarah Imigresen ketika itu kerana berlaku percanggahan sistem eNTRI iaitu program pengecualian visa untuk Warga China dan India. Dimanakah mereka sekarang? Adakah mereka sudah meninggalkan negara ini atau masih bersembunyi dalam Malaysia?

Muhyiddin Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pelancong Tinggal Lebih Masa

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018

Berkaitan dengan isu pelarian Rohingya pula, kerajaan juga perlu melihat semula dan mengkaji keperluan bagi menghalang kemasukan baru etnik ini yang cuba meloloskan diri ke Malaysia. Kehadiran pelarian ini yang dikatakan didalangi sindiket ‘Dallal’ dilihat sebagai pemerdagangan manusia apabila mengenakan bayaran sehingga RM15,000 bagi setiap orang. Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kedah, maklumat berkenaan didapati hasil siasatan keatas PATI Rohingya yang ditahan di Langkawi pada 5 April 2020. Hasil siasatan turut membawa penahanan seorang ejen Dallal disyaki etnik Rohingya yang juga pemegang kad UNHCR di Kedah.

SINDIKET DALLAL TUMPAS

TUNTUTAN MERHOM KEPADA PAKATAN HARAPAN

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/04/VID-20200423-WA0082.mp4[/KGVID]

Dalam keadaan negara dilanda pandemik Covid19, isu berkaitan PATI mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia. Bukan sahaja tindakan perlu diambil dalam isu Rohingya, malah rakyat juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap terhadap isu pelancong yang dikatakan ‘Hilang’ selepas masuk ke Malaysia sebagai pelancong. Sikap tolak-ansur Malaysia dalam isu PATI perlu ditamatkan dan mereka yang tinggal melebihi tempoh perlu dihantar balik ke negara asal mereka. Bagi etnik Rohingya pula, penempatan mereka lebih sesuai dirujuk kepada UNHCR untuk mencarikan negara mana yang sanggup menerima pelarian Rohingya dan negara tersebut telah menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 serta Protokol 1967. Kerajaan juga perlu melihat sama kehadiran pelarian Rohingya yang dikatakan berubah menjadi biadap apabila sudah membentuk ‘Klan’ tertentu di kawasan kawasan perumahan.Ini semua permasalahan yang merisaukan rakyat Malaysia dan beeharap kerajaan akan membuat sesuatu bagi membendung isu pelarian dan Pati. Lebih-lebih lagi ada desas-desus mengatakan mereka berkelakuan kasar apabila tindakan PKPD dilaksanakan di kawasan diduduki pelarian ini. Dengan berbekalkan kad UNHCR, mereka juga didakwa mengubah hadangan yang diletakkan pihak berkuasa yang mahu menghalang penularan wabak covid19 di kawasan terlibat namun sejauh mana kebenaran dakwaan tidak dapat dipastikan

JANJI PAKATAN HARAPAN.

Sudah sampai masanya negara dibersihkan dari semua gejala berkaitan PATI bagi mengembalikan keyakinan rakyat dalam waktu negara mahu menyekat penularan wabak covid19. Keseimbangan populasi pengundi dan data SPR bagi pengundi SAH juga boleh digunakan bagi mengesan jika ada wujud kehadiran ‘Pengundi Hantu’ yang menggunakan kad pengenalan palsu bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai warga Malaysia seperti yang sering didakwa Pakatan Harapan sebelum 2018. Jangan lupa Pakatan Rakyat kemudian Pakatan Harapan seringkali mendakwa wujud ‘Pengundi Hantu’ namun isu tersebut hilang begitu sahaja sebaik Pakatan Harapan memenangi Pru14 pada 8 Mei 2018 dan membentuk kerajaan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker