Polis buru Sashi, Thanesh terbabit kes samun

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki dikenali sebagai Sashi dan Thanesh disyaki terbabit kes samun berkumpulan di sekitar Petaling Jaya.

Suspek itu diburu selepas polis menahan dua rakan mereka awal pagi tadi, dipercayai turut sama melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 17 tahun itu masing-masing ditahan di Desa Mentari, Petaling Jaya.

“Suspek berusia 17 tahun bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun pihak polis berjaya menahannya.

“Hasil semakan, remaja itu mempunyai rekod jenayah samun dan mencederakan orang.

“Turut dirampas, satu kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dua telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Preve bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kedua-dua tahanan direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker